+10 344 123 64 77

Halaman

10 Jun 2011

Final Piala F.A - Pertembungan Dua Gergasi Pantai Timur


Laungan GOMO KLATE GOMO dan PETEH GANU PETEH di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam esok sudah pastinya menaikkan semangat juang pemain-pemain dan penyokong Kelantan dan Terengganu dalam persaingan Final merebut Piala F.A. kedua-dua negeri pantai timur yang berkongsi kebudayaan dan makanan memang amat menarik sekali. Tetapi dalam arena sukan terutama bolasepak  kedua-dua negeri merupakan musuh tradisi. 

Lautan penyokong-penyokong hampir 100 00 orang yang membanjiri Stadium Nasional Bukit jalil sudah pasti memerlukan kawalan keselamatan yang ketat bagi menjamin tiada insiden yang tidak diiingi berlaku baik di dalam stadium dan luar stadium.  Apa yang pastinya pertembungan lautan warna merah dan putih dalam stadium laungan gegak gempita kedua-dua belah penyokong.

Bagi penyokong The Red Warriors suatu kejutan buat mereka oleh kelab penyokong  TRW apabila  satu T-Shirt gergasi akan dipasang di dalam stadium dan lebih menarik kerana gegaran 10 gendang yang diimport dari China akan menyemarakkan semangat juang pemain kelantan di atas padang. Ditambah pula dengan laungan semangat penyokong-penyokong The Red Warriors.

Bagi penyokong-penyokong Kelantan termasuk di lembah kelang yang turun  pada malam esok diingatkan supaya menjaga imej negeri Kelantan. Bersama-samalah kita sayangkan negeri dan persatuan lebih-lebih lagi The Red Warriors. Imej penyokong-penyokong sebenarnya telah lama diperbaiki dan mendapat pujian pasukan pelawat dan penyokong luar yang bertandang ke Kota Bharu setiap kali perlawanan diadakan.

Dan memang tidak dinafikan seorang dua yang membuat onar tetapi tidak boleh digambarkan semua penyokong sebegitu. Insiden di Terengganu diharap juga tidak menular ke stadium pada malam esok. Semoga tidak ada insiden membakar bendera negeri lagi sepertimana yang berlaku kepada Negeri Sembilan dimana penyokong mereka membakar bendera Negeri Kelantan pada perlawanan Liga Super 12 Mei lalu. 

Pertama kali dalam sejarah Liga Malaysia bendera negeri dibakar. Akibatnya Persatuan menanggung padah dan didenda. Tak perlulah menjadi seorang yang terlalu aggresif disebabkan kekalahan pasukan mereka. Itu namanya menjerat leher sendiri.
RM 20.00

Siapakah yang sebenar-benarnya HARIMAU PANTAI TIMUR, malam esok adalah penentuannya.

1 ulasan: