+10 344 123 64 77

Halaman

28 Mei 2010

Mak Yong - Sejarah dan Asal-usul


Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan
Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

Sejarah Mak Yong

Mak yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dikalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi. Menurut Hikayat Patani Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu. Dari situ ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.

Lagenda biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk digelar Semar. Para sejarahwan tidak pasti samaada Mak Yong berasal dari tradisi rakyat atau teater istana. Sungguhpun begitu ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.

Semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa.

Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana. Punca utamanya adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yang mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun 1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil pertunjukan Mak Yong telah memperalatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Mak Yong. Persembahan Mak Yong yang diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam sahaja. Kemudian, persembahan diberhentikan dan alat-alat muzik biola dan akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan lagu-lagu joget. Penonton-penonton akan naik pentas untuk menari joget dengan penari-penari Mak Yong.

Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan Mak Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.

Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.

Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.

Jenis-Jenis Makyong

Terdapat 5 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Tiga daripadanya terdapat di Malaysia. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-

* Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan  Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
* Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan Terengganu, Malaysia.
* Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
* Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
* Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.

kredit : wikipedia

23 ulasan:

  1. Balasan
    1. sama-sama awak dari maana ha boleh berkenalan x.minat korea x kamsyahamida.

      Padam
    2. ini website pasal mak yong.korang ckp pasal kpop plak

      Padam
  2. saya minat sangat k-pop terutamanya kumpulan exo.semua lagu dia saya minat seperti overdose........

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun minat kumpulan exo..boleh saya berkenalan tk dgn awk kamsyahamida ..saya jgk suke lagu jennifer lopez lagu dia on the floor.. k ah bye

      Padam
    2. ini kan cerita pasal makyung yang korang cerita pasal korea apa

      Padam
  3. korang ni gatal sangat kenapa ni carita pasal makyung jenis jenis dia dan asal usul

    BalasPadam
  4. tq for da info. Ana tak minat kpop. asif..

    BalasPadam
  5. amik dr wiki je ke..hmm

    BalasPadam
  6. Apa kaitan dengan kpop nih ? btw , saya pun minat exo . hihi

    BalasPadam
  7. SAYA MINAT D.O

    BalasPadam
  8. SAYA MINAT AMANINA

    BalasPadam
  9. saya minat asma yang tiada bulu kening itu.

    BalasPadam
  10. SAYA MINAT AMANINA YANG TOMBOI

    BalasPadam
  11. senyap sajo?bakpo tok balas nyo???

    BalasPadam
  12. YEH TOMBOI AKU DOK TEPI MUNG DEH SMARTBOARD

    BalasPadam
  13. terima kasih dapat jugak assesment nie siap

    BalasPadam
  14. Bunda
    28 Agustus 2019
    setelah sy baca sinopsis tari mayong dan filosofi tari mayong yang benar tari mayong berasal dari mana, menurut saya tarian berasal dari jawa timur, mohon penjelasan

    BalasPadam
  15. Saya ada baca dari laman web lain,xsilap saya.. tarian makyung diasaskan oleh ratu hijau..ratu pattani dan dikembangkan oleh ratu kuning...anak ratu ungu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puteri.merah ada kew?? Sy masih mencari penjelasan berkenaan penyakit keturunan yg diwarisi berkaitan puteri2 makyung...

      Padam