+10 344 123 64 77

Halaman

18 Mei 2010

Pak Leh Tapang - Pengasas Dikir Barat


Mat Salleh Bin Haji Ahmad atau dikenali Pak Leh Tapang dilahirkan di kampung Tapang, Panji Kota Bharu, Kelantan (1927). Beliau adalah pengasas dan pendikir barat terulung di negeri kelantan.
Beliau orang pertama mengubah corak dikir sedia ada iaitu dikir laba kepada corak baru dengan mempertahankan pantun. Istilah tukang karut juga adalah idea beliau. Memulakan karier di bangsal
kecil di kampung-kampung sehingga ke peringkat istana.

Pada masa itu, dikir barat hanyalah satu hiburan untuk orang-orang kampung, petani dan nelayan. Beliau menggunakan media dikir barat sebagai satu bentuk pendidikan, nasihat dan dakwah selain berhibur melalui kata-kata dan pantun yang keluar secara spontan.

Kariernya sampai kemuncak apabila tertubuhnya Dendang Rakyat anjuran RTM di mana beliau terlibat sebagai pengasas dan mempopularkan dikir barat sehingga mendapat liputan di media elektronik.

Atas jasa dan ketokohannya beliau dianugerah Surat Kepujian tahun 1988 dan Pingat Setia (PS) 1994 oleh Sultan kelantan. Beliau pulang kerahmatullah pada 17 Mac 2006 ketika berusia 79 tahun.

0 comments:

Catat Ulasan