+10 344 123 64 77

Halaman

18 Mei 2010

Seman Mamat - Tokoh Dikir Barat


Seman Mamat lebih dikenali Seman Wau Bulan berasal daripada Kampung Belukar Beta Hulu merupakan seorang tokoh dikir barat dan menjadi ikon kepada pendikir-pendikir di negeri Cik Siti Wan
Kembang, negeri Kelantan.
Beliau memulakan karier sebagai pendikir setelah terlibat bersama rakan-rakan dalam kumpulan "Puak Kampung Kubang Tin" di peringat pada tahun 1958.
Beliau berguru dengan Pak Leh Tapang dan Hussin Belimbing.
Gelaran tersendiri iaitu Wau Bulan di ambil berdasarkan kaitan dan asal-usul Hikayat Dewa Muda. Gelaran inilah yang membawa beliau ke puncak karier beliau sebagai pendikir.
Lagu Wau Bulan yang sentiasa dibawanya di akhir setiap persembahan adalah sebagai tanda memohon maaf kepada orang ramai sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan. Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun.

0 comments:

Catat Ulasan