06 Oktober 2011

PIRING ASTRO DAN KIBLAT

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

23 September 2011

Platun Harimau: Siapakah Black Jacket??

Ramai yang tidak sedar, setiap Khamis di TV2 jam 9.00 mlm menyiarkan drama bersiri 'Platun Harimau' yang bercorak ketenteraan dalam menentang insurgensi atau pengganas komunis tahun-tahun 70-80an.

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan kerap menyiarkan drama-drama bersiri yang bermutu melalui TV2 sebelum ini. Ini dapat mengubah tanggapan RTM hanya dilonggokkan drama-drama kurang bermutu dan sampah.

19 September 2011

Tokoh Dikir Barat Dalam Kenangan(Daud Bukit Abal)


Tokoh Dikir Barat dan penggiat seni yang tersohor di kelantan, Mat Daud Cik Mat, 71, yang lebih dikenali Daud Bukit Abal telah meninggal dunia kelmarin akibat demam panas. Beliau yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir tengahari kelmarin.

08 September 2011

Tahniah atas kematian isteriku




سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ucaplah Tahniah Atas Kematian Isteriku !!!

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

16 Ogos 2011

Peringatan Allah Buat Manusia...Kita Masih Lagi Alpa


KOTA BHARU -Dua anggota tentera terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikapan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada waktu awal pagi beberapa bulan lepas.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.