+10 344 123 64 77

Halaman

16 Jun 2010

Raffi Hussain

Raffi Hussain atau nama sebenarnya Che Rofie Che Hussain (Elvis Presly Kelantan) ,merupakan seorang penyanyi veteran yang mula aktif pada zaman 70-an. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang telah membintangi beberapa filem seperti Azura Allahyarham Raffi Hussain mula mencebur bidang seni pada akhir tahun 70-an, dengan gaya Elvis Presley. 
Beliau kemudiannya menghasilkan album berjudul Raffi (1981), di mana beliau merakam lagu Luka Lama Berdarah Kembali, Dansa Ayuh Dansa, Mari Menari Rock And Roll, Tangisan Di Waktu Malam dan banyak lagi.

Pada 1983, beliau menghasilkan album Membara, dan mempopularkan lagu-lagu Saat Percintaan, Mencari, Gadis Penari Budaya, Mula Jelingan Mata dan lain-lain. Beliau dapat sentuhan M. Nasir dan A. Ali sebagai komposer. Albumnya diterbitkan oleh Polygram Records (sekarang Universal)

Allahyarham Raffi turut membabitkan diri dalam dunia filem. Dalam filem Azura (1984), Raffi berlakon sebagai Razif, ketua geng budak nakal yang bermotor kuasa besar. Filem popular itu turut menampilkan Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud, Syed Sobrie dan ramai lagi. Raffi juga turut berlakon dalam filem Di Ambang Kasih, Mr. Os, Tujuh Biang Keladi, Si Jantung Hati, Hero dan banyak lagi. Filem terbaru lakonannya, Gentayangan belum akan ditayangkan.

Allahyarham Raffi turut mencebur diri sebagai pengarah filem, dalam satu projek menerbit dan mengarah filem The Chini yang tidak sempat disempurnakan. Itulah projek menerbit dan mengarah pertamanya. Pada sekitar tahun 2000 lagi Raffi pernah bercakap pasal hasratnya mahu mengarah filem pasal dongeng itu. Tapi pada masa itu beliau mengatakan masih dalam peringat awal termasuk membuat penyelidikan dan menulis skrip.

Beliau melancarkan projek filem The Chini, yang diadakan di Tasik Chini, Pahang pada 25 Ogos 2003. Namun projeknya tertangguh kerana masalah dana. Filem itu diusahakan oleh syarikatnya, Raffi Hussain Corporation.

Setahun selepas pelancaran, Raffi merayu agar mendapat dana perfileman yang dipohon di bawah Skim Pinjaman Filem Cereka. Setelah tiga tahun FINAS meluluskan dana sebanyak RM1.5 juta pada Ogos 2007. Namun filem tersebut tidak sempat disiapkan.

Allahyarham Raffi Hussain meninggal dunia kerana sesak nafas sekitar pukul 7.00 malam pada 14 Oktober 2008, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke 49. Beliau mengadu sesak nafas di rumah dan dibawa ke Hospital Selayang, Selangor tetapi meninggal dunia dalam perjalanan. Beliau meninggalkan seorang balu, Zawinunie Mohd. Ramli, 30, yang sarat mengandung anak kelima.

kredit: wikipedia






   



   


0 comments:

Catat Ulasan