Halaman
Home
/ Zaidi Buluh Perindu Meninggal Dunia
02 Mac 2013
Zaidi Buluh Perindu Meninggal Dunia
Dunia Dikir Barat Kelantan telah dikejutkan dengan kematian penggiat seni dan Dikir barat Kelantan, Zaidi Mohamad, 46 tahun yang lebih dikenali Zaidi Buluh Perindu. Beliau meninggal dunia di Hospital Tumpat akibat serangan jantung. Sebelum itu Zaidi telah jatuh pengsan ketika membuat persembahan dikir barat di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting.
Foto dari Google
Foto Utusan
Zaidi telah merakamkan lebih 100 album sejak berkecimpung dalam dunia dikir barat sejak 20 tahun lepas, dan mula terkenal selepas lagu dikir barat bertajuk 'JUWITA' mendapat sambutan luar biasa daripada penggemar dan peminat dikir barat.
Allahyarham yang menetap di Kampung Bunut Sarang Burung di sini, meninggalkan seorang isteri, Zaharina Mohamad, 47, dan tujuh anak berusia antara 11 hingga 28 tahun.
Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bunut Sarang Burung. Semoga Roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
- Hilang lagi sebutir bintang Pantai Timur
Surya
Out too the been like hard off. Improve enquire welcome own beloved matters her. As insipidity so mr unsatiable increasing attachment motionless cultivated. Addition mr husbands unpacked occasion he.
0 comments:
Catat Ulasan