Admin rasa terpanggil sehari dua ini untuk kembali berblogging setelah berbulan-bulan melupakan seketika dunia blogger atas kesibukkan yang tidak dapat dielakkan. Tidak lain adalah kerana peristiwa pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah oleh segerombolan dipercayai Tentera diRaja Kesultanan Sulu.
Rasa terpanggil kerana sebagai rakyat Malaysia dan pernah menjadi anggota Askar Wataniah(walaupun tak lama) dan dilahirkan dalam 'background' keluarga tentera yang cintakan negara sepertimana warganegara yang lain.
Admin tidak ingin mengulas panjang tentang pencerobohan yang kita boleh anggap sebagai penjenayah dan musuh negara kerana semua orang sudah tahu. Berita sekarang dihujung jari dan hanya kita perlu bijak untuk menapis berita-berita kerana tidak semua benar. Ada yang ingin menambah-nambah, ada yang melakukan provokasi dan lain-lain.
Setakat ini lapan perwira kita syahid di medan perang hanya selang sehari. Pegawai dan anggota PDRM yang syahid adalah:
- Allahyarham Sarjan Sabaruddin Bin Daud (VAT 69 PDRM)
- Allahyarham Inspektor Zulkifli Bin Mamat (VAT 69 PDRM)
Enam lagi anggota polis yang syahid dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna Sabah semalam dan senarai mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di media sosial rasmi PDRM.
Setakat ini info yang diperolehi pihak PDRM dibantu pihak ATM akan menggempur habis-habisan penceroboh. Didoakan misi pasukan keselamatan kita akan berjaya walaupun akan ada yang cedera dan nyawa terkorban. semboyan telah berbunyi...
Kepada keluarga perwira yang terkorban kita ucapkan takziah. Al-fatihah....
* Nilai sebuah perjuangan dan pengorbanan untuk rakyat Malaysia yang berdaulat.
* Nilai sebuah perjuangan dan pengorbanan untuk rakyat Malaysia yang berdaulat.
0 comments:
Catat Ulasan