+10 344 123 64 77

Halaman

18 Mei 2010

Ariffin Ana - Tukang Karut Dikir Barat

Ariffin Ana, seorang tukang karut tersohor yang cacat penglihatan, dilahirkan di kampung Siam, Pasir Mas, Kelantan (1955). Memulakan karier sebagai tukang karut. Gelaran Ana

diambil kerana namanya yang melonjak  ketika menetap di Kampung Ana, Tumpat, Kelantan.
Mempunyai 11 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Khalijah Abdullah.
Minat terhadap dikir barat bermula seumur 11 tahun semasa mendengar
Hassan Penyu dan Seman Wau Bulan mendendangkan dikir. Beliau sering dimarahi gurunya kerana sering berdikir semasa belajar di sekolah pondok. Disebabkan minat mendalam beliau mengambil keputusan berhenti sekolah pondok.
Sepanjang karier, beliau memenangi banyak pertandingan dikir barat yang dianjurkan. Selain itu beliau juga menjadi tenaga pengajar kepada anak-anak muda yang ingin mendalami seni berdikir barat. Antara anak didik beliau yang berjaya ialah Jen Endoro.

0 comments:

Catat Ulasan