+10 344 123 64 77

Halaman

17 Jun 2011

Makbul - Drama Bersiri Keagamaan di TV2

Akhir-akhir ini drama bercorak keagamaan semakin mendapat tempat di kalangan penonton selain cerita-cerita hantu yang bersepah dan dilonggokkan untuk penonton. Kalau dulu ya, cerita-cerita sebegitu mendapat tempat kerana peraturan ketat syarat wajib tayang filem-filem seram dan tahyul di pawagam dan di tv. Kini cerita-cerita sebegitu sudah kurang penggemarnya. Bukan tidak ada tetapi bila dilonggokkan banyak sangat kepada masyarakat penonton mula bertukar arah. Hantu-hantu yang ada sudah tidak menyeramkan lagi dan orang sudah tidak takut malah nak tergelak lagi ada.  



Ada diantara penonton kita masih belum menyedari drama bersiri keagamaan di TV2 RTM setiap khamis malam Jumaat. Sesiapa yang menyedari drama ini pasti menunggu saban minggu masa tayangan. Ada juga tidak menyedari, malah penonton akan segera tukar ke channel lain apabila drama Melayu dimainkan di TV2. Bagi yang mengikuti kita sama-sama ambil iktibar apa yang dipaparkan. Bagi yang tidak mempercayai kuasa DOA dan MAKBUL elok sangatlah tonton drama ini. Tengok dan hayati barulah anda tahu walaupun doa anda biasa-biasa sahaja,acuh tak acuh tetapi sampai saat tuhan makbulkan. 


Sinopsis Drama Makbul:


Makbul mengisahkan seorang kontraktor berjaya, Anuar yang kurang mempercayai keberkatan doa dalam kehidupan harian. Bagi Anuar, kejayaan diraihnya kini bersandarkan kegigihan, usaha serta kebijaksanaannya mencari peluang.

Namun, di kampung dia sekeluarga menetap, tinggal seorang pemuda lurus bendul yang sering dibuli, Bol yang sentiasa rajin berdoa. Malah, Bol menyimpan impian untuk menziarah makam Rasulullah s.a.w di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah.

Di saat Anuar diuji dengan masalah yang melanda perniagaannya, Anuar terbuka hati menaja seramai 12 orang kampung mengerjakan umrah. Tujuannya, supaya mereka yang ke Tanah Suci itu dapat mendoakan dia mendapat kelulusan pinjaman bank.

Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Anuar memperoleh hajatnya untuk kelulusan pinjaman itu? Semua jawapan pada kisah teladan ini dimuatkan di dalam Makbul. Ia drama rantaian istimewa yang pastinya menyentuh perasaan dan padat dengan pengajaran.

Drama hebat ini menemui penonton sebanyak 15 episod gandingan pelakon lama dan baru seperti Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Anuar, Kartina Aziz (Jamiah), Yushazizi Yusof (Bol), Zakaria Yusoff (Pak Aji), Mubarak Majid (Ustaz Rahim) dan Zulkifli Ismail (Datuk Borhan).

Tidak ketinggalan, pelakon lain yang membintanginya ialah Fathil Dani (Imam Rosdi), Khatijah Tan (Hajah Tam), Dr Samad Salleh (Penghulu), Banrul Munir Md Isa (Haji Salim), Bustamam Haron (Haji Badar), Wan Maimunah (Rosnah), Isa Mean (Burn) dan Kazar (Jamil).

Diterbitkan produksi dalaman Radio Televisyen Malaysia (RTM), drama kisah kemasyarakatan ini diarah dan diterbitkan Asri Alias. Skrip ditulis Zabidi Mohamed, penggambaran drama ini pada Jun hingga September tahun lalu dibuat sepenuhnya di utara tanah air.

metro 7 April

Lagu Tema Drama Bersiri 'Makbul' :


KUBERMOHON PADAMU


ASTAGHFIRULLAH.. ASTAGHFIRULLAH..
ASTAGHFIRULLAHAL ‘ADZHIM.. AL LADZII LAA ILLA HA ILLAHA..
HUWAL HAYYUL QAYYUUM.. WA ATUBU ILLAIK..
AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…


KU BERMOHON PADA MU YA ALLAH..
TETAPKAN IMAN KU... SENTIASA PADA MU... BERSERAH PADA MU...


SESUNGGUHNYA SOLAT SERTA IBADAHKU HIDUP DAN MATIKU...
HANYALAH UNTUK MU HANYALAH UNTUK MU


YA ALLAH..
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MU TIAP DETIK KU MENGHARAP KEBAIKAN MU
LINDUNGILAH AKU SELAMATKANLAH
DARI SEKSAAN MU YANG AZAB SENGSARA
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MU
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN
RAHMATILAH SEGALA PEMBERIAN
KURNIAKANLAH AKU DUNIA DAN AKHIRAT
AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…









Boy B4 - Ku Bermohon Pada Mu Lagu Tema Makbul TV2...

This mp3 found @ weblagu.com

0 comments:

Catat Ulasan