+10 344 123 64 77

Halaman

20 Jun 2011

Peristiwa Hari Bapa

19 Jun 2011..

1) " BAPA adalah Raja. BAPA adalah pelindung dan tempat kami berteduh di bawah payung kasih sayang. BAPA adalah segala-gala. BAPA pernah berpesan 'apabila kamu telah puas berpergian,berpacaran,berpakaian,maka pergilah kamu mencari hidupmu dan lalu menjadi seorang BAPA. Dan kamu pula menjadi seorang BAPA maka kamu nasihatkan seperti BAPA kepada anak-anakmu." ....sesungguhnya BAPAKU, WIRAKU. 

Selamat hari BAPA kepada semua ABAH, BABAH, AYAH, PAPA, ABI...semoga dirahmati Allah. 



2)  Pelawak dan Pelakon veteran Zami Ismail, 67, lebih dikenali dengan panggilan Pak Uda telah kembali kerahmatullah kerana komplikasi jantung Institut Jantung Negara pada 10.30 pagi semalam. Nama yang sinonim melalui sitkom 'Pi Mai Tang Tu' terasa amat dekat di kalangan peminat. Begitu juga melalui sitkom 'Salam Pantai Timur'.

Sepanjang penglibatan Allahyarham di dalam bidang lakonan kebanyakkannya watak diberikan adalah pelakon pembantu dan juga pelakon utama. Dua orang anak Allahyarham yang mengikuti jejak langkah beliau dalam bidang produksi filem iaitu Mohd. Saopi atau Opie dan Mohd. Latiff atau Hitler.

Paling diingati wataknya dalam filem-filem berunsur komedi seperti Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan sembilan orang anak. Jenazah beliau dikebumikan di kampung kelahirannya di Tapah, Perak.

3) Kartunis Majalah Ujang, Qayyum juga meninggal dunia semalam kerana serangan angin ahmar atau stroke. kartunis yang aktif melukis dan menulis sehingga dilantik ke jawatan editor di majalah tersebut, dikebumikan di kampung kelahirannya di Batu Talam, Raub, Pahang.

Buat bapa-bapa yang telah tiada doakan semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang solehin.. Ameenn...

0 comments:

Catat Ulasan