+10 344 123 64 77

Halaman

22 Februari 2011

Sudirman Hj. Arshad – Penghibur dan lagenda



Sudirman Hj Arshad dilahirkan pada 25 Mei 1954 22 Februari 1992 di  Temerloh, Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia dan  seorang Penghibur Nombor 1 Asia kerana memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London.


Beliau adalah anak bongsu, daripada enam beradik selain abang-abang dan kakak-kakaknya iaitu Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini.

Sudirman Haji Arshad mula mencipta nama apabila berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada11 Ogos 1976.

Dilahirkan sebagai Penghibur Milik Masyarakat dan Seniman Rakyat adalah kerana lagu-lagu yang disampaikan mengandungi senikata yang lebih dekat dengan masyarakat pada era tersebut. Lagu-lagunya lebih dekat dihati peminat daripada pelajar sekolah, pekerja kilang sehinggalah jururawat dan gadis –gadis pingitan sehinggalah penganggur-penganggur.

Rata-rata peminat berasal dari desa-desa dan kampung-kampung maka terciptalah lagu-lagu seperti Apa Khabar Orang Kampung mengajak peminatnya supaya jangan lupa pada asal usul. Lagu Balik Kampung merupakan suatu kemestian bagi para perantau yang pulang ke kampung pada setiap menjelangnya hari raya.

Lagu-lagu patriotik pula yang dinyanyikan beliau seperti Warisan, 31 Ogos dan Tegakkan Bendera Kita sering berkumandang setiap tahun ketika negara menyambut hari kemerdekaan. Seperti sudah menjadi satu kemestian apabila menjelang 31 ogos semua stesen-stesen tv dan radio akan memutarkan lagu tersebut.

Beliau juga adalah penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang buku, kartunis, usahawan dan pelakon.

Pada 17hb Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama 4 hari. Dilaporkan beliau telah pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. 

Hari ini genaplah 19 tahun beliau telah bersemadi di alam sana. Beliau meninggal dunia pada 22 Februari 1992 ketika berusia 37 tahun di rumah kakaknya di Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru.

Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya.

18 Jun 2009 beliau bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad. Allahyarham menerima anugerah itu dari Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Al-Fatihah…


" Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya."












0 comments:

Catat Ulasan