+10 344 123 64 77

Halaman

19 Februari 2011

Kelantan Menewaskan Terengganu 6-5


T-Team 1-1 Kelantan (Kelantan menang 6-5 melalui sepakan penalti)

Tahniah kepada semua penyokong Kelantan dan terima kasih kepada semua pemain yang beraksi pada malam tadi kerana bermain dalam keadaan tenang walaupun lawan yang diketuai Indra Putra bermati-matian ingin memusnahkan impian Kelantan. Perlawanan ini seimbang dan menarik meskipun T-Team yang banyak menguasai perlawanan.



foto dari Trw.com


Aksi permainan Nurul Azwan, Mohd Badhri dan Norshahrul berjaya di sekat oleh pemain-pemain T-Team. Perlawanan separuh masa pertama agak seimbang, sehinggalah perlawanan berkesudahan T-Team 0-0 Kelantan. Barisan tengah Kelantan kurang mengatur rentak serangan dan terkunci pergerakan kerana barisan pertahanan dan tengah T-Team seperti sudah dapat membaca setiap pergerakan
Selepas separuh masa kedua bermula, pada minit ke 54 Rizal Fahmi berjaya menjadi penjaring gol sulung untuk Kelantan dan peribadinya pada malam tadi. Namun T-Team tidak memberi masa yang lama untuk Kelantan meraikan kemenangan apabila Indra Putra berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 62. Jaringan ini sedikit pun tidak mematahkan semangat pemain Kelantan dan seolah-olah memberi tonik kepada pemain T-Team menyerang habis-habisan ke kubu Kelantan.
Kelantan membuat dua pertukaran iaitu Danial Fadhly dibawa masuk menggantikan S. Subramaniam yang beraksi dengan baik pada malam tadi dan Nizad Ayub dibawa masuk menggantikan Ramzul Zahini yang terkunci rentak permainannya apabila dikawal rapi barisan pertahanan T-Team. Datuk M. Karathu nampaknya cuba mengalihkan tumpuan pertahanan T-Team dengan membawa masuk pemain yang sukar diagak prestasi mereka. Pada minit 89 separuh masa kedua, percaturan Datuk M. Karathu tampak menjadi apabila Danial Fadhly yang sentiasa berhempas pulas merobek kubu lawan telah dijatuhkan oleh Indra Putra dalam kotak penalti, Kelantan telah dihadiahkan sepakan penalti. Namun sepakan penalti ini tidak berjaya disempurnakan dengan baik oleh Norshahrul Idlan Talaha, pada ketika ini seluruh penyokong yang sudah bersedia meraikan kemenangan sangat hampa kerana pada ketika sepakan ini masa perlawanan sudah pun tamat.
Pada 30 minit masa tambahan bersambung, kegagalan Norshahrul menyempurnakan sepakan penalti tidak menjejaskan semangatnya dan pemain lain. Kelantan tetap mengasak ke kubu. Tiada jaringan dan percubaan gol Kelantan sehingga tamat masa tambahan.
Sepakan penalti terpaksa dijadikan penamat bagi perlawanan ini, pemain Kelantan berjaya menyempurnakan kesemua enam sepakan penalti yang dimulakan Norshahrul, Rizal Fahmi, Nurul Azwan Roya, Shakir, Daudsu dan Danial Fadhly. Khairul Fahmi bernasib baik kerana dia gagal menangkap kesemua 5 sepakan penalti T-Team namun diselamatkan dengan sepakan keenam Norfazly Alias yang melepasi palang gol. Sepakan terakhir Danial Fadhly berjaya mengesahkan Kelantan pemenang kedua pusingan pertama Piala FA ini selepas Harimau Muda A mengamuk membelasah SDM Muda Kepala Batas 4-0.
Seluruh peminat menyatakan kesyukuran mereka diatas kemenangan yang penuh dramatik ini sehingga ada yang hampir pengsan kerana menahan lapar dan kencing bagi memastikan dapat menyaksikan penuh 150 minit perlawanan. Pujian penghargaan kepada pemain-pemain terus diucapkan walaupun ada segelintir penyokong yang sudah mula mengeluh dengan kegagalan Norshahrul dan pemain lain mempamerkan aksi serangan yang baik seperti empat perlawanan Liga Super lalu. Tahniah kepada semua penyokong The Red Warriors.
Biarpun dilaporkan pengulas Astro Arena banyak memuji kecemerlangan Indra Putra pada malam tadi, semangat dan sayang kepada penyokong yang ada kini jauh lebih mendalam sehingga ada yang tidak berganjak-ganjak dari tempat duduk.

Perlawanan Piala FA 2011
Pusingan Kedua Kump B:
4/3/2011:: Kelantan vs Johor FC / KL SPA FC






0 comments:

Catat Ulasan