+10 344 123 64 77

Halaman

14 Februari 2011

Siapakah Pahlawan Yang Tumbang Pada Hari Kekasih?

Di saat anak-anak muda kita bergembira menyambut 'Hari Kekasih' ditempat-tempat mewah bagi yang berada termasuk di kelab-kelab malam (sambil mabuk-mabuk) dan di hotel-hotel bajet bagi mereka yang kurang berkemampuan, tidakkah anda terfikir setiap 14 Februari iaitu pada 'Hari Kekasih' ada hero kepada legasi keturunan yang dihormati tumbang pada haribulan itu?


'Hero' itulah yang akan menjadi pengikut Rasul Allah dan sudah tentunya 'Syurga' tempatnya. Kebetulan pula pada esoknya adalah hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w sama-samalah sedekahkan Surah Al-Fatihah juga buat pahlawan negara iaitu Allahyarham Leftenan Adnan Bin Saidi, 27 tahun pada ketika itu memimpin Kompeni 'C' dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu yang mempertahankan Bulit Candu pada tahun 1942 daripada jatuh ketangan pihak tentera Jepun yang akhirnya menyaksikan beliau terbunuh sebagai pahlawan yang syahid bersama-sama anggota-anggota beliau. Al-Fatihah..


0 comments:

Catat Ulasan