+10 344 123 64 77

Halaman

14 Februari 2011

Hari Kekasih VS Hari Keputeraan Nabi

Saban tahun setiap pasangan bergelar kekasih di seluruh dunia menyambut dan menunggu tibanya tarikh 14 haribulan Februari lebih dikenali dengan hari kekasih atau Valentine's Day. Rasanya tak perlu saya bercerita panjang lebar tentang asal usul hari kekasih. Anda boleh membaca di blog-blog lain atau taip sahaja di Google. 


Keesokkan harinya pula, saban tahun setiap orang-orang Muslim bergelar kekasih Rasul Allah menyambut dan meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W  atau Maulidur Rasul (12 Rabiulawal). Maka saban tahun diadakan majlis-majlis keagamaan baik di surau-surau dan masjid bagi meraikan Maulidur Rasul.



APA YANG TERFIKIR DI MINDA ANDA DI SAAT INI?.....CUBA RENUNG SEJENAK.  Kekasih mana yang lebih penting untuk diraikan. Semestinya kita Muslim ditegah menyambut hari kekasih. Memang benar tiada undang-undang atau akta-akta di negara kita menghalang setiap orang menyambut hari kekasih. 

Bagi sesetengah daripada kita mengambil peluang kebebasan bersuara dengan mengatakan ' jika tiada undang-undang negara yang melarang kita menyambut hari paling bersejarah bagi setiap orang, maka tidak salah kita meraikan '. Ya, itu memang betul. 

Bagi sesetengah anak-anak muda separuh masak dan pucuk muda masih jauh untuk melalui proses kedewasaan dan kematangan fikiran dan sememangnya tidak mengerti definisi kebebasan yang sebenar. Jalan yang terbaik melalui saluran dan pertanyaan kepada pihak yang lebih berautoriti seperti JAKIM. Fikir-fikirkanlah kita yang dilahirkan sebagai Muslim.

0 comments:

Catat Ulasan