+10 344 123 64 77

Halaman

22 Februari 2011

Datuk Rafeah Buang

Setiap kali stesen radio memutarkan lagu-lagu beliau mengingatkan waktu zaman kanak-kanak akhir-akhir tahun 70an dan 80an. Waktu itu stesen TV Malaysia masih malu-malu nak mengeluarkan kaler. Walaupun beliau telah kembali kerahmatullah stesen-stesen radio di Malaysia terutama RTM masih memutarkan lagu-lagu beliau. Seorang penyanyi yang mempunyai kelunakkan dan value suara yang unik serta evergreen. Beliau adalah Allahyarhamah Toh Puan Setia Datuk Rafeah Binti Buang. 



Allahyarhamah Toh Puan Setia Datuk Rafeah binti Buang dilahirkan di Kampung Pisang, Singapura pada 25 Julai 1948 dan muncul sebagai seorang bintang dalam bidang nyanyian selepas menjuarai Bintang Satria Singapura tahun 60-an.

Allahyarhamah aktif dalam kemasyarakatan, dan bergiat dalam Lembaga Perempuan Islam Pahang, Majlis Kebudayaan Negeri Pahang, Jawatankuasa Antidadah Daerah Pekan dan Pergerakan Wanita UMNO Pekan.

Selepas tamat darjah lima Sekolah Arab Al-Sagoff (1960) dan Sekolah Perdagangan Inggeris (1963), Rafeah Buang pernah menjadi anggota sidang pengarang Majalah Perkawalan Tentera (Singapura) pada 1964. Selain itu beliau turut menghasilkan sajak dan cerpen dengan menggunakan nama pena Rina Balkiah dan hasil karyanya disiarkan di majalah Singapura dan radio.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 24 Julai 2002. Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Pekan, Pahang oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Penerbangan ehsan di lakukan pesawat dari skuardon kesepuluh Tentera Udara di Raja Sungai Besi pada 20 Mac 2002.

Rafeah diiringi suaminya Tengku Datuk Asmawi Tengku Husin dan Doktor Puteri Nurbaya Musa. Penerbangan itu berlepas dari pengkalan di Sungai Besi ke Kuantan jam satu tengah hari dan kembali ke Hospital Kuala Lumpur jam 3.15 petang.

Allahyarhamah disemadikan di sebelah pusara anaknya, Tengku Amirul Ashraf di Makam Diraja Pekan.

A-Fatihah....













0 comments:

Catat Ulasan