+10 344 123 64 77

Halaman

01 Januari 2011

Selamat Datang 2011 Masehi

2010 telah kita tinggalkan beberapa ketika tadi. Sudah tentu banyak kenangan pahit manis sepanjang 2010 yang lalu. Bagi yang bercinta bajalah cinta anda itu sehingga ke gerbang perkahwinan dan yang putus cinta carilah cinta baru dan pengganti yang bertanggungjawab. Bagi yang sudah berkeluarga sedaya upaya meningkatkan ekonomi keluarga di saat barang-barang keperluan semakin naik dan juga persekolahan anak-anak. 

Bagi yang bekerja di sektor awam dan swasta atau bekerja sendiri sedaya upaya meningkatkan produktiviti bekerja. Seandainya anda terlalu lama di tempat yang sama dan buat kerja yang sama, dan anda rasa telah bosan eloklah berhijrah ke mana-mana. Bagi saya seorang muslim perubahan itu dilakukan pada awal bulan Islam lagi bukannya Masehi. 


Oleh kerana perjalanan bulan kita dari dahulu lagi bergantung pada bulan Masehi eloklah buat perubahan dari sekarang. Nota atau diari hanya diguna pakai 2 atau 3 hari sahaja untuk menulis azam tahun baru. Selepas itu azam ke mana diari entah kemana kecuali bagi orang-orang yang berdisiplin mengikut masa.

2010 juga banyak meninggalkan kenangan pahit manis buat saya baik dari segi kerja dan sebagai seorang blogger. Sebagai penjawat awam seringkali dicantas baik dari rakan setugas mahupun pihak pengurusan kadang-kadang boleh dikategorikan tidak berhati perut dan zalim. Terlalu banyak permainan politik pejabat yang kadangkala terfikir untuk berpindah sahaja ke tempat lain. Terlalu banyak karenah birokrasi walaupun sama-sama penjawat awam. 

Sebagai seorang blogger pula, blog ini sudah menjangkau umur 1 tahun. Belajar merangkak-rangkak untuk mencipta blog tidak berbayar. Entah berapa kali tamplet dan background bersilih ganti. Ini tidak lain untuk tujuan proses pembelajaran dan kesesuaian. Dan kini masih lagi dalam proses pembelajaran. Selagi hayat ada blog ini akan wujud hanya untuk rakan-rakan di luar sana.

Dikesempatan ini saya selaku admin dan tuan empunya blog ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua rakan-rakan yang selama ini menyokong blog Rakan Pendengar Pantai Timur. Juga buat Crew-crew radio Wilayah merangkumi swasta dan kerajaan dan tidak lupa crew-crew  radio internet. Juga buat Crew-crew Radio swasta pertama Pantai Timur MANIS FM. Buat rakan-rakan yang blogwalking terima kasih kunjungan anda yang mana sempat admin akan membalas kunjungan anda  itu nanti. Wassalam.

semoga kedatangan tahun baru 2011 Masehi ini akan memberikan keyakinan positif untuk meneruskan perjuangan anda.









0 comments:

Catat Ulasan