+10 344 123 64 77

Halaman

30 Disember 2010

Garuda Tewas Dibumi Sendiri

Syabas! Tahniah!Tahniah! tiada perkataan yang boleh dilafazkan dan digambarkan melihatkan foto di bawah melainkan kegembiraan yang teramat-amat sebagai warganegara Malaysia. Kini Malaysia telah membuktikan skuad negara bukan lagi boleh diperbudak-budakkan terutama negara tetangga kita Indonesia apabila skuad negara merangkul dan dinobatkan sebagai JUARA AFF SUZUKI CUP 2010.

Walaupun tekanan amat hebat ditanggung oleh jurulatih pasukan K.Rajagobal untuk sampai ke peringkat ini tetapi ianya berbaloi apabila anak-anak buahnya yang telah disuntik semangat telah membuktikan mereka bermain sebenar-benarnya untuk negara bukan kerana WANG!..Tambah pula Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota turun padang memberi kata-kata semangat dan dorongan bahawa mereka bermain bukan untuk Persatuan dan individu tetapi untuk NEGARA cukup berbekas di jiwa mereka.


MALAYSIA telah mengalahkan INDONESIA dengan aggregat 4-2 di Gelora Bung Karno malam tadi. Sungguhpun perlawanan menyaksikan adegan kekasaran pihak lawan tetapi skuad negara bersikap professional di atas padang. Sikap sebeginilah yang akhirnya membawa kejayaan kepada Malaysia. 

Kejayaan besar ini seharusnya ucapan TAHNIAH ditujukan kepada Khairul Fahmi Che Mat selaku penjaga gol negara yang banyak menyelamatkan gawang walaupun 2 kali diterobos. Manakala penyumbang gol terbanyak  iaitu Mohd Safee Mohd Sali adalah hero bagi skuad negara dan dibantu rakan-rakan lain. Dan sudah semestinya Jurulatih dan penyokong-penyokong Indonesia enggan menerima kekalahan tersebut. Sikap EGO sebeginilah yang menjahanamkan skuad nasional mereka.




TAHNIAH! SYABAS!..BERBANGGALAH ANDA MENJADI ANAK MALAYSIA. GO MALAYSIA GO...

0 comments:

Catat Ulasan