+10 344 123 64 77

Halaman

30 November 2010

Wakaf Tuan Farrer - Monumen Sejarah Ranap Disebabkan DADAH!


Satu monumen sejarah yang dihapuskan sendiri oleh seorang pemuda dibawah pengaruh dadah. Masih ingat lagi di alam persekolahan setiap hari melalui dan melintas monumen tersebut untuk ke sekolah tetapi kini monumen asal telah ranap sama sekali dan dibina semula oleh pihak berkuasa.

Seingat saya membesar di Pasir Puteh, Kelantan monumen tersebut telah dibaik pulih sebelum ini untuk mengekalkan keaslian monumen yang dianggap bersejarah itu. Semasa masih budak pada zaman rumah tok nenek masih beratapkan nipah dan rumbia, monumen tersebut masih kekal dengan binaan kayu dan batu. Selang beberapa tahun ia dibaik pulih sekali lagi sehingga insiden robohnya monumen itu pada tahun 2009.


Satu-satunya monumen bersejarah di bandar ini ialah Wakaf Tuan Farrer di bulatan Jalan Nara, dekat sini kerana bagi anak tempatan, ia mempunyai nilai sentimental dan nostalgia tersendiri.
Wakaf lama yang dibaikpulih daripada yang asal daripada kayu sebelum insiden. Foto dari Mr. Google

 Wakaf baru (2010) yang dibaikpulih selepas insiden. Foto dari Pasir Puteh Bandar Tok Janggut (FB)


Insiden yang meranapkan satu monumen bersejarah. Runtuh disebabkan DADAH!

Ia merupakan pengenalan kepada bandar kecil ini dan tidak seperti wakaf lain yang terletak di tengah bulatan permulaan jalan Pasir Puteh - Machang, berhampiran Masjid Ibrahimi.

Namun wakaf yang berusia kira-kira 80 tahun itu telah lenyap Mac 2009, selepas ia roboh dirempuh sebuah kereta yang terbabas dan yang tinggal kini hanyalah tapaknya.

Mengikut cacatan sejarah, ia didirikan oleh penduduk, khusus untuk kemudahan pengembara berhenti rehat. Ia dipercayai dibina sekitar tahun 1917 hingga 1919 dan dinamakan sempena pemangku Penasihat British di Kelantan ketika itu iaitu Roland John Farrer yang juga Ketua Jajahan Pasir Puteh.

Bagaimanapun rempuhan kuat sebuah kereta yang dipandu seorang pemuda di bawah pengaruh dadah itu melenyapkan kesan sejarah zaman pemerintahan Inggeris di jajahan ini.

Wakaf Tuan Farrer yang telah dibaik pulih suatu ketika dulu mempunyai ciri binaan gabungan unsur seni bina Inggeris dan Melayu dengan bumbungnya yang berbentuk 'A' serta dekorasi perabung. Keunikan seni ukiran Melayu termasuk motif keris yang tertulis nama wakaf dalam tulisan khat jawi dan rumi menjadikan Wakaf Tuan Farrer agak istimewa .

Monumen itu menjadi kebanggaan penduduk Pasir Puteh kerana kebanyakan pelancong asing yang merentasi Jalan Nara akan berhenti untuk merakamkan gambar.

Muzium Negeri dan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah mengambil langkah agar monumen yang musnah itu dibina semula mengikut seni bina asalnya supaya peninggalan sejarah itu tidak lenyap begitu sahaja.

Bagi penduduk Kampung Kelubi Jalan Machang dan Jalan Kota Bharu, walaupun tidak ramai generasi masa kini mengetahui sejarah di sebalik pembinaan wakaf tersebut, namun kewujudannya merupakan pengekalan kepada nostalgia silam dan bukan untuk mengagungkan penjajah.

Tanpa wakaf itu apa lagi kesan sejarah silam yang ada mengingatkan zaman era penjajahan ?.

sumber berita juga dipetik dari Utusan online 2009.














0 comments:

Catat Ulasan