+10 344 123 64 77

Halaman

22 November 2010

Fotofobia - Suatu Blog Fotografi

Fotofobia. Kalau mengikut istilah perubatan dan kesihatan fotofobia merupakan suatu penyakit di mana seseorang takut dengan kamera dan bergambar. Penyakit ini jarang-jarang kita dengar. Rasanya semua orang suka dengan gambar dan kamera. Suka berposing dengan pelbagai gaya dan posisi menarik. Adakalanya terover posisi dipanggil possing maut.


Fotofobia yang saya maksudkan ialah tajuk bagi blog fotografi saya yang baru sahaja diwujudkan semata-mata kerana saya telah jatuh hati pada kamera dan fotografi. Blog fotografi ini bukanlah seperti blog-blog jurufoto yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini. Saya masih merangkak dan perlu tunjuk ajar dari rakan-rakan. Disebabkan itulah saya berusaha menimba ilmu baik melalui buku-buku fotografi dan juga maklumat-maklumat di internet. 

Adisaufigallery adalah nama blog saya dan fotofobia adalah tajuk kepada blog tersebut. Masih baru dan belum banyak entry yang dipostkan. Menggunakan bahasa pasar dan ganti nama Aku. Rasa lebih santai. InsyaAllah mungkin suatu hari nanti blog tersebut akan diupgradekan menjadi blog fotografi yang profesional dan bidang ini bukan sekadar hobi semata-mata tetapi juga sebagai suatu bentuk perniagaan berasakan perkhidmatan.

Rakan-rakan yang mengunjungi blog ini dan meminati fotografi boleh paut ke sana dan jadi rakan. Mungkin ada sesuatu boleh dikongsi bersama dan saya perlukan komen positif rakan-rakan untuk memajukan diri. Bukan pertama kali meminati fotografi sebenarnya sudah lama. Saya pernah memnerima tawaran ke IKBN Peretak, Selangor pada tahun 1997 tetapi terpaksa menolak kerana menerima tawaran ke Sekolah kulinari dan Hospitaliti Legend pada tahun yang sama. Kini dengan adanya kamera ditangan rasa jatuh cinta pada fotografi kembali bercambah. :)

Dari Beginner ke Beginner...

 







0 comments:

Catat Ulasan