Hari Raya Aidiladha عيد الأضحى atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjahsetiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintahAllah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
sumber: wikipedia
Saya selaku admin bagi blog Rakan Pendengar Radio Online dan Rakan Pendengar Radio Pantai Timur mengucapkan Salam Aidiladha buat semua umat IsIam dan tetamu-tetamu kehormat yang bertandang ke blog ini khususnya buat warga Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu serta Pahang.... Perayaan Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban lebih meriah di sebelah sana terutama di Kelantan...
Salam Aidiladha 1431H Daripada ProfHariz.com :)
BalasPadamNew Entry ProfHariz
AidilAdha Hanya Sekadar Korban ?
Salam Hari Raya Aidil Adha
BalasPadam