+10 344 123 64 77

Halaman

29 Januari 2011

Kelantan Vs Selangor - Piala Ahmad Shah

Kelantan akan bertemu Selangor pada malam ini Stadium Shah Alam bagi memburu trofi Piala Sultan Ahmad Shah. Kelantan dibawah bimbingan baru Datuk M karathu bagi menggantikan bekas jurulatih B. Sathianathan yang digantung enam bulan oleh FAM. Manakala Selangor pula dibawah K. Devan.

Kapten The Red Warriors, Mohd. Badri Radzi diberi tanggungjawab ketua pasukan selepas ketiadaan Indra Putra Mahayuddin  yang berhijrah ke T-Team akan bersama-sama dengan ikon Red Warriors Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat bagi memastikan kemenangan Kelantan memburu kejuaraan.

Perlawanan pada kali ini agak menarik juga kerana pertembungan dua ikon penyerang Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali dan Norshahrul bagi memburu Piala Sultan Ahmad Shah pada saingan pembuka tirai Liga Super 2011. Adanya ikon-ikon ini permainan pasti bertambah menarik kerana pada malam ini mereka ditugaskan sebagai pemusnah gawang lawan. Permainan pada malam ini akan membuktikan siapa sebenarnya WIRA di antara mereka berdua.

Adalah diharapkan tiada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku pada malam ini yang dilakukan oleh kedua-dua penyokong seperti provokasi berlebih-lebihan. Sokonglah bolasepak negara untuk industri sukan.

Apa yang pasti penyokong-penyokong The Red Warriors akan turun beramai-ramai ke Shah Alam memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Buktikan anda adalah penyokong yang hebat.









0 comments:

Catat Ulasan