+10 344 123 64 77

Halaman

25 Januari 2011

Fasha dan Jejai Putus Kasih

Cerita artis bercerai dan putus cinta selalu sangat kedengaran dan terpapar di dada akhbar. Sebenarnya saya sendiri tidak berapa suka menulis entry sebegini di blog ini. Saya juga tidak pernah ambil pusing dengan berita-berita sebegini cukup sekadar mengetahuinya sahaja.

Sebelum ini kisah krisis rumahtangga pelakon Opah(era 80an) dan Cinta Antara Benua, Asdayanti Daut dengan suaminya, seorang bekas pemain bolasepak Kedah awal-awal 90an Che Zambil Ahmad.

Pelakon ini yang pernah berlakon sebagai cucu Opah yang kini bekerja di sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan (KPKK) telah turun naik mahkamah. Kes beliau ialah kerana engkar perintah dan dilihat kerap ke luar negara bersama-sama seorang lelaki lain. 


Setahu saya jika seseorang Penjawat Awam, sekalipun dia seorang pelakon tetap terikat dengan perintah-perintah dan peraturan-peraturan perkhidmatan awam iaitu mengisytiharkan diri kepada Jabatan dan Ketua Pengarah sekiranya ingin keluar negara. Rasanya ada pihak-pihak berkepentingan iaitu pihak pengurusan mendiamkan diri dan memejamkan sahaja perkara ini di sana . Siapa tau!!  

Cerita terkini artis belum berumahtangga lagi tetapi tangga sudah roboh.  Pelakon Fasha Sandha, yang mencetuskan kontroversi berbikini di Bali sebelum ini,  telah mengeluarkan kenyataan dia dan Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 34, seorang ahli perniagaan yang juga anak kepada seorang VVIP telah putus hubungan. 

Menurut Fasha sejak Jejai pulang dari bercuti dari Jepun 18 januari lalu Jejai langsung tidak menghubunginya sehingga sekarang dan mengandaikan hubungan mereka putus. Sedangkan sewaktu dalam percutian itu Jejai kerap menghubungi dan menghantar SMS. 

Kenyataan Jejai pula menafikan tiada orang ketiga yang memain peranan memutuskan hubungan mereka dan juga bukan bekas isterinya yang juga seorang pelakon iaitu Nora Danish.

 Inilah dunia Artis....antara Realiti dan Lakonan.




0 comments:

Catat Ulasan