+10 344 123 64 77

Halaman

30 Januari 2011

Piala Sultan Ahmad Shah Milik Kelantan

Tahniah! Kelantan sekali lagi mengungguli kejuaraan merebut Piala Sultan Ahmad Shah dalam perlawanan Sumbangsih bagi meneruskan saingan Liga Super apabila mengalahkan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi (beberapa jam tadi). Jaringan pertama Norshahrul melalui tendangan penalti menyemarakkan lagi semangat pemain-pemain Red Warriors pada babak-babak pertama sekaligus memberi tekanan kepada pasukan Selangor.
Pemain-pemain Selangor dilihat lebih mempamerkan aksi-aksi keras dan kadangkala menyanggah keputusan pengadil yang tidak memihak kepada mereka. Skuad Red Warriors memperlihat kematangan mereka apabila bermain secara berpasukan dan tidak terlalu individual berbanding dengan Selangor. Sikap individual pemain-pemain Selangor menyebabkan Safee Sali hilang bisanya dalam perlawanan itu dan dilihat amat keletihan. Sang JUARA sebenar adalah milik Norshahrul.



Pemilihan Jurulatih baru M. Karathu bagi The Red Warriors nampaknya tidak sia-sia. Tidak ketinggalan juga penjaga gol Khairul Fahmi dengan ketangkasan tangkapan bola daripada pihak lawan juga tidak mengecewakan dan bolehlah dikatakan Khairul Fahmi adalah pahlawan sebenar pada malam tadi (walaupun dilaser penyokong lawan).

Pada separuh masa kedua permainan dihentikan seketika arahan pengadil, dengan gelagat penonton Kelantan (parasit dikalangan penonton) yang membaling objek dan mercun ke dalam padang ia langsung tidak melunturkan semangat skuad Red Warriors tetapi sebaliknya di pihak Selangor kehilangan momentum permainan. 

Ini dapat dilihat apabila ketua pasukan Badri Radzi atau lebih dikenali Pia menyumbat satu lagi gol buat pasukan Kelantan dengan sepakan bebas. Ini juga Amaran awal Kelantan buat pasukan-pasukan lain. GO MORE!!











0 comments:

Catat Ulasan