+10 344 123 64 77

Halaman

19 Oktober 2010

Yalal Chin Meninggal Dunia

Industri perfileman dan teater kehilangan seorang lagi aktivis seni. Dramatis terkenal Yalal Abu Achin atau lebih dikenali Yalal Chin, 67 meninggal dunia akibat penyakit jantung dan pendarahan di dalam otak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur kira-kira pukul 12 tengah malam 15 Oktober beberapa hari lepas.

Sebelum itu beliau diletakkan di bawah pengawasan rapi Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital tersebut selepas mengadu sakit dada ketika mengambil air sembahyang untuk menunaikan solat Subuh di rumahnya pada 3 Oktober lalu.


Selain menghambakan diri sebagai anak wayang beliau juga adalah aktivis teater. Beliau baru selesai menjalani penggambaran filem cereka arahan Afdlin Shauki sebagai pelakon pembantu. Meninggalkan 12 orang anak berusia 16 hingga 46 tahun. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor gajah, Melaka kira-kira jam 11 pagi keesokkan harinya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.













0 comments:

Catat Ulasan