+10 344 123 64 77

Halaman

24 Oktober 2010

TRW - Misi Balas Dendam di Bukit Jalil


Penyokong The Red Warriors menarik nafas lega dengan kemenangan pasukan mereka malam tadi menumpaskan pasukan Kedah 1-0 di Kota Bharu. Kegembiraan tidak terhingga para penyokong Kelantan meraikan kemenangan yang penuh bermakna dan Ini mengesahkan Kelantan mengambil tempat ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2010 seperti ulangan perlawanan akhir tahun lepas apabila bertemu Negeri Sembilan. 

Jaringan pemusnah Norshahrul Idlan Talaha meranapkan segala impian penyokong Kedah dan pengurus pasukan Kedah yang penuh yakin dapat menumbangkan Kelantan. Kejayaan ini telah memadamkan segala sejarah buruk Kelantan di stadium Sultan Muhammad ke 4 setiap kali perlawanan penting dengan Kedah. Ini juga hadiah buat ketua jurulatih B. Sathianathan yang dihukum kerana mengkritik FAM dan terpaksa duduk di kerusi penonton sahaja.


Perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan merupakan perlawanan paling penting dan bersejarah bagi penyokong Kelantan kerana mengganggap perlawanan ini akan dijadikan misi membalas dendam yang terluka pada tahun lalu.


TAHNIAH KEPADA SEMUA PENYOKONG THE RED WARRIORS.










0 comments:

Catat Ulasan