+10 344 123 64 77

Halaman

29 Oktober 2010

TRW - Imbuhan Istimewa Buat Skuad Red Warriors


Hanya tinggal satu hari sahaja lagi perlawanan final Piala Malaysia akan berlangsung yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Di sana sini peminat-peminat sukan bola sepak tanahair meramalkan pasukan mana akan menjulang piala berprestij itu. Ramai juga meramalkan pasukan The Red Warriors akan membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu. Tidak kurang juga ramalan Negeri Sembilan akan terus melakar sejarah gemilang merangkul trofi kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.




Sungguhpun perlawanan akhir pada musim ini penuh dengan kontroversi termasuk keputusan FAM menggantung 'kuasa' jurulatih The Red Warriors yang pada akhirnya menangguhkan hukuman itu setelah tunduk dengan suara-suara lantang peminat yang mahukan badan induk itu bersikap lebih adil. Begitu juga dengan isu tiket mahal dan habis. Ramai penyokong kedua-dua kumpulan pulang dengan hampa walaupun ada jaminan tiket akan dijual sendiri oleh FAM pada hari perlawanan.

Seandailah, insyaAllah ditakdirkan Kelantan memenangi, menjulang dan membawa pulang Piala Malaysia pada musim ini penghargaan berupa pingat kebesaran dan tanah di Kelantan patut diberi kepada jurulatih B. Sathianathan dan pemain-pemain The Red Warriors walaupun ada pemain bukan berasal dari Kelantan. Ini juga sebagai satu simbolik untuk menaikkan semangat pemain-pemain pasukan lain sekiranya ingin turut serta sebagai ahli The Red Warriors pada masa akan datang.

Harapan peminat-peminat Piala Malaysia amat besar sekiranya tiada insiden-insiden yang negatif dan provokasi berlebihan kedua-dua penyokong pasukan. Harapan ini disandarkan buat penyokong kedua-dua pasukan yang berjanji melalui Presiden dan Setiausaha Kelab penyokong  masing-masing. 


GOMO KLATE GOMO...HOBEN JANG HOBEN





0 comments:

Catat Ulasan