+10 344 123 64 77

Halaman

31 Oktober 2010

The Red Warriors- Kelantan Juara Piala Malaysia

TAHNIAH! TAHNIAH!...Seperti dijangka dan diramalkan Piala Malaysia musim ini sememangnya milik skuad The Red Warriors. Permainan yang menyaksikan beberapa pemain mengalami kecederaan dan beberapa percubaan yang mendebarkan penyokong-penyokong Kijang berakhir apabila Kelantan menang BERGAYA dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi (3 jam lalu).

Kelantan juga melakukan banyak tendangan sudut pada  separuh masa pertama tetapi tidak berjaya menundukkan benteng pertahanan Negeri Sembilan yang begitu mantap. Begitupun pertahanan Negeri Sembilan mulai goyah apabila Aidil Zafuan dikeluarkan kerana mengalami kecederaan pada lututnya pada babak kedua dan ini memberikan peluang kepada Kelantan  melaksanakan misi untuk menjaringkan gol.

Gol penyamaan pada minit ke-57 hasil tandukan kencang Hairuddin Omar. Manakala gol kedua dilaksanakan oleh Badri Radzi pada minit ke-64.


Kepada penyokong-penyokong ANDA MEMANG HEBAT!...Skuad THE RED WARRIORS anda memang layak menjuarai PIALA MALAYSIA pada musim ini...Tahniah buat Presiden KAFA, Pengurus dan jurulatih TRW... Terima Kasih Menteri Besar memberi CUTI UMUM PERISTIWA esok sebagai meraikan kemenangan..Seluruh rakyat Kelantan yang berada di Malaysia dan juga di luar negara memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dan inilah hadiah buat TUANKU AL-SULTAN KELANTAN ...TERIMA KASIH juga buat ABAH(PEMINAT SETIA THE RED WARRIORS) yang mendoakan kemenangan Kelantan di MEKAH sana. ALHAMDULILLAH. GOMO KLATE GOMO...

 * Bak kata seorang rakan' ini adalah TERBAEEK dari ladang buat mereka yang ANTI-KELANTAN'









0 comments:

Catat Ulasan