+10 344 123 64 77

Halaman

16 Oktober 2010

TRW - Tumbangnya Raksasa Merah

' Tumbangnya Raksasa Merah ' di Kota Bharu malam tadi  sungguh bermakna sejak 50 tahun Kelantan menyertai piala Malaysia. Pasukan Selangor diaibkan oleh pasukan yang selama ini dianggap pasukan belasahannya suatu ketika dahulu dengan jaringan 3-0. Kemenangan ini juga bolehlah dikatakan hadiah kepada pihak media yang bersikap double standard . Lebih manis kepada penyokong-penyokong kelantan, pasukan The Red Warriors telah berjaya menewaskan Selangor di suku akhir lagi.





Gol pertama dihadiahkan Norfarhan (minit 13) diikuti Gol Kedua oleh Akmal Rizal (Minit 26). Gol Ketiga pula dijaringkan oleh Mohd Badhri Radhzi (Minit 81).







The Red Warriors hanya menanti keputusan perlawanan di antara Terengganu - Kedah di separuh akhir pertama selasa nanti. Kesungguhan jurulatih pasukan Kelantan B. Sathianathan harus dipuji walaupun sentiasa dicemuh.

Kekecewaan penyokong-penyokong Kelantan Selasa lalu telah pun terbalas. Dan ini juga hadiah buat arwah Che Karma yang meninggal dunia akibat lelah di Shah Alam. Banyak versi yang kedengaran tentang arwah. Tetapi bagi mereka yang menyaksikannya lebih mengetahui kejadian sebenar.

Begitu juga sepasang suami isteri yang tersilap keluar melalui pintu penyokong Selangor cedera di muka akibat dibelasah penyokong-penyokong Selangor. Begitu juga kenderaan penyokong-penyokong dan kereta peronda polis kemek kerana keganasan penyokong-penyokong yang ekstrim. Tetapi ini didiamkan oleh pihak media. 


Bagaimana pula sekiranya suami isteri tadi membawa anak-anak yang masih kecil. Tidak dibayangkan nasib anak-anak kecil itu. Tidakkah ini satu trauma kepada mereka diatas kecetekan budaya yang dibawa oleh orang-orang dewasa? 

Biarlah sebanyak mana pun fan ditubuhkan untuk mencemuh atau lebih tepat lagi ANTI-KELANTAN di laman sembang Facebook, adakah mereka sanggup untuk menjilat balik ludah mereka dan menelan kepahitan akibat kekalahan pasukan mereka?


Adakah media selepas ini masih meneruskan tradisi double standard atau sekadar berlakon untuk tidak menampakkan mereka digambarkan berat sebelah setelah dihadiahkan gol 0 kepada mereka oleh 'Raksasa Merah'?

Apa-apa pun diharapkan selepas ini FAM mencari jalan terbaik membersihkan sukan bolasepak daripada politiking yang boleh menghancurkan sukan bola sepak negara. Dan  jika  tindakan FAM mengenakan denda kepada kepada KAFA dan FAS sebenarnya tidak banyak membantu menyelesaikan permasalahan yang ada. Malah dilihat kurang cerdik.


Persatuan tidak bersalah. Cuma perlu dibanteras unsur-unsur ekstrimisme di kalangan penyokong-penyokong. Tidak kiralah ianya penyokong-penyokong Kelantan atau Selangor. Kekacauan penyokong-penyokong hanya menjejaskan konsentrasi pemain-pemain di atas padang.















0 comments:

Catat Ulasan