+10 344 123 64 77

Halaman

05 Mac 2013

Senarai Terkini Wira Yang Gugur

Admin dari awal lagi mengetahui senarai enam perwira yang gugur dari sebuah laman sosial walaupun PDRM sendiri masih merahsiakan nama-nama pegawai dan anggota yang gugur dalam serang hendap di Semporna. Tetapi tidak mahu post awal-awal bimbang tersalah maklumat dan perasaan keluarga wira-wira yang terkorban juga diambil kira. 

Setelah maklumat sahih yang dikeluarkan oleh PDRM barulah admin berani. Antara barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan tanahair dan keselamatan negara dalam serang hendap di Semporna yang dikeluarkan oleh PDRM :


  1. Supritendan Ibrahim Bin Lebar (Cawangan Khas Bukit Aman)
  2. ASP Michael ak Padel (Cawangan Khas IPD Semporna)
  3. Sarjan Baharin Bin Hamit (Cawangan Khas IPK Sabah)
  4. Sarjan Aziz Bin Sarikon (PGA Batalion 14 Semporna)
  5. Lans Koperal Mohd Azrul Bin Tukiran (PGA Batalion 14 Tawau)
  6. Koperal salam Bin Togiran (IPD Tawau)

Jasamu, baktimu dan pengorbananmu kami rakyat Malaysia akan kami kenang...Takziah dan Al-Fatihah.

0 comments:

Catat Ulasan