+10 344 123 64 77

Halaman

06 Mac 2013

Pencerobohan Lahad Datu-Perang Psikologi Musuh

Rentetan peristiwa pencerobohan kumpulan bersenjata dipercayai Askar diRaja Kesultanan Sulu banyak khabar-khabar angin bertiup di laman sosial Facebook dan ada di antara kita mempercayai seratus peratus. 

Dalam hal ini susah juga untuk mempersalahkan mereka yang percaya info dan foto-foto yang tersebar kerana masyarakat kita belum bersedia menerima situasi seperti ini dalam era yang sebegini.


Di sini admin memetik foto dan laporan di laman sosial Facebook Rejimen Gerak khas tentang laporan Inquirer dari Filipina yang menyebut "10,000 bangsa Tausug daripada Basilan, Tawi-Tawi, Sulu, dan Zamboanga sedang dalam perjalanan untuk berperang di Sabah"- Habib Hashim Mudjahab, MNLF.

"Tentera laut tidak akan mampu menghalang kami kerana kami boleh menyelinap dalam kumpulan kecil terus ke dalam Sabah dan kami boleh menyamar sebagai penduduk tempatan"


Kalau betullah maklumat ini pihak keselamatan perlu bersedia untuk berperang dengan mereka dan mempertahankan walau seinci bumi Sabah. Ini juga bermakna kita diambang peperangan. Harap-harap maklumat sekadar maklumat. 

Tetapi maklumat seperti ini tidak juga boleh dipandang ringan. Kita percaya badan perisikan negara dan pasukan ATM dan PDRM mampu menjalankan tugas mereka. Semoga negara kita dijauhkan dari segala marabahaya.

0 comments:

Catat Ulasan