+10 344 123 64 77

19 September 2011

Tokoh Dikir Barat Dalam Kenangan(Daud Bukit Abal)


Tokoh Dikir Barat dan penggiat seni yang tersohor di kelantan, Mat Daud Cik Mat, 71, yang lebih dikenali Daud Bukit Abal telah meninggal dunia kelmarin akibat demam panas. Beliau yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir tengahari kelmarin.
Bagi anda di luar sana sememangnya tidak mengenali tokoh-tokoh dikir barat dari Negeri Kelantan. Diceritakan serba ringkas tentang beliau - Mula bergiat dalam kesenian dikir barat sebagai Tok Juara pada 1961, ketika berusia 21 tahun. Bermula dengan hanya suka-suka bersama kawan-kawan yang akhirnya menjadi pengiat seni yang popular dan kini dikenali ramai di dalam dan luar negeri.

Tokoh besar dalam kesenian dikir barat ini mempunyai ramai anak murid yang mengikuti jejak beliau untuk mengangkat kesenian dikir barat ke peringkat lebih tinggi.

Beliau pernah terpilih menerima anugerah Tokoh Dikir Barat 2006 dari Kerajaan Negeri Kelantan.


Beliau yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan meninggalkan sembilan orang anak dari dua isteri dan 14 cucu. Sepanjang hidup beliau  menyara kehidupan keluarga dengan dikir barat.

Disemadikan di Kampung Lepoh, Bukit Abal, Pasir Puteh. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tribute - Daud bukit Abal


0 comments:

Catat Ulasan