+10 344 123 64 77

Halaman

05 Jun 2011

Tribute to...

Agak lama juga tiada update terkini. Disebabkan hal-hal tertentu blog sunyi dari aktiviti blogging. Sementelah pula sibuk dengan perniagaan T-shirt Printing yang dijalankan sepenuh masa dengan tempahan dari pelanggan-pelangan,rakan-rakan, saudara-mara dan adik-beradik sendiri.

Sebagai seorang yang pernah terlibat dalam produksi filem baik di peringkat PRA PRODUKSI, PRODUKSI dan POST PRODUKSI dalam jabatan kerajaan dan sekarang menumpukan sepenuh masa kepada bidang perniagaan pula, tidak membuatkan saya melupakan terus bidang yang saya ceburi sebelum ini. 


Menjadi orang di belakang produksi filem dan mengenali penggiat seni sudah cukup melengkapkan impian ingin menjadi orang seni sejak dibangku persekolahan lagi. Langkah pertama sudah tercapai walaupun tidak 100% dan langkah kedua ini harap melengkapkan hidup sebagai orang yang kreatif.

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah buat keluarga penggiat seni yang telah meninggal dunia seperti bekas ahli kumpulan Sera, Seri Bayu, Aimi Jarr, Datin Orchid Abdullah dan Seniwati Mahyon Ismail. 

Tidak terkecuali juga buat keluarga arwah bapa saudara saya sendiri yang juga bekas guru Tomoi saya meninggal seminggu lalu. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Ameenn..

0 comments:

Catat Ulasan