+10 344 123 64 77

Halaman

04 November 2010

Tengkujuh Yang Membawa Maut

Musim 'tengkujuh' datang lagi. Sama tahun-tahun kebelakang Kedah, Perlis, Kelantan diikuti Terengganu dilanda banjir besar. Bagi sesetengah pihak ianya satu pesta. Di satu pihak lain ianya membawa malapetaka dan bencana. Tidak kira apa-apa pun tafsiran 'bah' atau 'banjir' ia tetap satu bencana alam yang sememangnya telah direncanakan oleh Tuhan setiap tahun. Mahu tidak mahu tengkujuh datang tanpa dijemput. 

foto raykinzoku.fotopages.com

Setiap tahun ada sahaja korban dan mangsa banjir. Di Jitra, Kedah, seorang wanita berbangsa Jerman hilang dihanyutkan arus deras sungai setelah rumah anak dan menantunya ditenggelami air sungai berdekatan. Erna Fischer, 64 sempat berpaut pada pokok selama 1 minit sahaja. Menantu beliau berpaut pada sebatang pokok selama 3 jam dan anaknya memanjat pokok 5 meter dari isterinya yang akhirnya diselamatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Ada juga mangsa korban banjir akibat kecuaian diri sendiri. 



Berlainan pula di negara Indonesia meletusnya Gunung Merapi yang memuntahkan lahar dan mengeluarkan awan panas yang mengorbankan nyawa mereka yang tinggal beberapa kilometer dari Gunung merapi tersebut. Paling menyayat hati apabila pihak penyelamat menemui dua beradik mati berpelukan di dalam masjid di Umbulharjo, Yogyakarta. Begitu juga ditemui anak sulung mangsa juga mati kira-kira 15 meter dari masjid semasa ingin menyelamatkan bapa dan bapa saudara mereka yang mengerjakan solat maghrib.

Sementara itu di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat dilanda ombak besar Tsunami pada 25 Oktober lalu. Tsunami yang menewaskan ratusan nyawa dan ratusan masih hilang. Menurut pasukan penyelamat jumlah korban lebih besar dari dijangkakan kerana berkemungkinan penduduk yang hilang itu telah dihanyutkan ke laut.












0 comments:

Catat Ulasan