+10 344 123 64 77

Halaman

12 November 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia


Penyanyi Kumpulan Fotograf, Mohd.Shamrin Abdul Samad, 45, lebih dikenali Shamrin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital petang semalam selepas rebah di atas padang bola ketika bermain bola sepak persahabatan sesama rakan-rakan artis di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Beliau yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta dan Ke Pintu Kasihmu era 90an, dan menjadi siulan anak-anak muda, rebah secara tiba-tiba.

foto dari mr. google

Menurut rakan Shamrin, Riot daripada kumpulan Kool tidak nampak arwah menunjukkan tanda-tanda sakit dan kejadian itu terlalu pantas.  Ketika rebah di atas padang beliau menggigil sebelum tidak sedarkan diri dan beliau menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital berhampiran. Beliau meninggalkan seorang isteri yang sarat mengandung anak ketiga daripada perkahwinannya yang kedua dan tiga orang anak berusia 1 dan 5 tahun. Seorang 17 tahun hasil daripada perkahwinan pertama dahulu. 

Saya kali terakhir melihat beliau ketika melakukan latihan persembahan Hari Raya di Auditorium Angkasapuri bersama-sama (Datuk) Siti Nurhaliza dan artis-artis lain beberapa tahun lalu. Masih ingat lagi masa itu pada minggu-minggu terakhir bulan Ramadhan. Allahyarham Bat Latiff pernah mengomel kepada saya kelewatan Shamrin pada sessi latihan tersebut. Kini kedua-dua mereka telah tiada lagi. Jenazah Shamrin dikebumikan pada hari ini sebelum solat Jumaat di tanah perkuburan USJ 22, Selangor. Semoga roh beliau dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Ameen..



0 comments:

Catat Ulasan