+10 344 123 64 77

Halaman

02 September 2010

Kesucian Ramadhan dan Kemerdekaan dicemari?


Catatan ini bukanlah tujuan hasutan dan anti perkauman. Terimalah hakikat bahawa kesucian agama Islam kini sewenang-wenang diperlakukan dan diperlekehkan oleh kaum dan agama lain. Itu belum termasuk perangai buruk sesetengah orang yang mengaku warganegara memperbodohkan negara sendiri. 
Ini tidak langsung menggambarkan pekung sebenar mereka. Kasihan jiwa mereka belum lagi merdeka!! walaupun mereka berpelajaran tinggi tapi cetek minda. Kenapa dan mengapa ini berlaku selepas 53 tahun negara merdeka?
Di mana silapnya sistem pendidikan negara kita yang melahirkan insan-insan yang berkualiti? Dimana silapnya pemimpin-pemimpin kita yang melaksanakan dasar-dasar dan transformasi rakyat?. Jika ditakdirkan umur Allahyarham Tunku Abdul Rahman panjang sudah tentu beliau amat kesal teramat-amat melihat lahirnya satu kumpulan dan generasi baru Malaysia baru. 
Golongan-golongan yang menjahamkan sendiri negara yang memberi tempat kepada mereka bermastautin. Inilah tumpah darah mereka. Inilah juga tanah kubur mereka. Apakah ini semua dilakukan atas nama 1 Malaysia?  Memang amat malang sekali.



INSTITUSI MASJID TIDAK LAGI DIHORMATI


- Insiden pada 22 Ogos lalu, Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching dibenarkan berucap di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat.

- Sehari selepas kejadian tersebut, Ahli Parlimen Selayang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), William Leong pula dibenarkan berada di ruang solat Masjid At-Taqwa, Selayang Baru bagi menyerahkan bantuan.

Setiap pergerakan untuk memasuki rumah Allah mesti berlandaskan adab, peraturan dan syarat-syarat tertentu, ia bertujuan memuliakan rumah Allah. Tindakan itu juga telah melanggar perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua agama.

Tidak mustahil suatu hari nanti jika dibiarkan berlarutan ada pihak bukan Islam yang akan  naik ke mimbar Jumaat dan menggantikan khatib membaca khutbah Jumaat!! Tunggu sahajalah turunnya bala daripada Tuhan.

Sebagai contoh Masjid Jamek, Kuala Lumpur pihak masjid mengenakan syarat-syarat bagi pelancong-pelancong bukan muslim  mengunjungi kawasan sekitar masjid. Apakah disebabkan faktor tertentu semua ini dihalalkan. Sama-samalah kita menjaga institusi dan kesucian masjid. 

 NAMEWEE BUAT HAL LAGI

Tidak serik-serik!! Namewee, bekas penuntut pengajian komunikasi massa Universiti Ming Chuan, Taiwan sebelum ini telah menghasilkan klip video terbaru bertajuk  Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua Melayu di sebuah sekolah menengah di Kulaijaya, Johor yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolah pada 12 Ogos lalu.

Namawee mengaku beliau bukan rasis tetapi anti rasis dan menyokong gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oelh kerajaan. Bagi beliau cuma ingin menyuarakan tidak puas hati beliau kerana melihat ada sesuatu yang tidak kena kena dari mata beliau. Beliau sayangkan Malaysia.

Beliau percaya seluruh masyarakat akan menyokong beliau dan begitu juga pihak polis dan sanggup menanggung risiko serta berasa tidak bersalah. 

Orang-orang Malaysia dan Melayu barangkali sudah pun memaafkan kesalahan yang Namewee lakukan sebelum ini. klip video terbaru mengutuk seorang pengetua Melayu dengan bahasa yang sangat sopan F**k adalah hadiah dan buah tangan untuk orang-orang Melayu Islam!! 

Negara kita ada undang-undang. Serahkan sahaja pada undang-undang.



video


- Itu belum lagi jalur gemilang kita dibakar oleh rakyat Indonesia dan dihadiahkan najis kepada kedutaan, kes-kes buang bayi, pembunuhan dan penderaan, berjudi dan tidak berpuasa dan kes-kes lain yang berlaku di bulan yang mulia ini. Seperti di awal tadi catatan saya tidak menjurus kepada sesuatu kaum tetapi juga banyak kerosakkan diakibatkan oleh tangan-tangan orang Melayu Islam sendiri. Kesucian Ramadhan telah dicemari.


 


1 ulasan:

  1. tidak mudah utk menerapkan nilai2 islam dlmm jiwa anak2 muda skrg, kecuali dgn satu cara iaitu didikan al-Quran. Didiklah anak2 dgn akhlak al-Quran. kalau dah tua bangka susah la pulak sbb tu timbul kes tak puasa dn sbgainya...

    BalasPadam