Peniaga makanan di bazar Ramadan di negeri Kelantan diingatkan menjaga kebersihan makanan mereka kerana rekod tahun lalu menunjukkan 52 peratus daripada 617 sampel makanan diuji dicemari bakteria Escherichia Coli (E Coli).
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan (Kesihatan Awam), Dr Wan Mansor Hamzah, berkata selain dicemari bakteria yang terdapat pada najis, 322 sampel terbabit turut mengandungi bakteria staphlococuc aureus, bacillus cereus dan salmonella.
“Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ingin mengingatkan kepada semua peniaga makanan khususnya yang menjual juadah berbuka puasa menjaga kebersihan,” katanya.
sumber berita: myMetro Online
0 comments:
Catat Ulasan