+10 344 123 64 77

Halaman

07 Ogos 2010

Dua Tentera ditemui Mati Lemas?


Dua anggota 10 Briged Para yang sedang menjalani latihan ketenteraan ditemui lemas dalam sebuah kolam di Kem Terendak di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Prebet Mohd Hafizullah Sohok, 19, dari Pasir Puteh, Kelantan dan Prebet Shahrul Nizam Salim, 24, dari Felda Palong 7, Negeri Sembilan.

Difahamkan, seorang lagi anggota tentera yang tidak didedahkan identiti kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kem Terendak, dan keadaannya dilaporkan stabil.


Sumber berkata, mereka sebelum ini baru menamatkan latihan asas ketenteraan sebelum diserap masuk ke dalam unit berkenaan sejak sebulan lalu.

Menurutnya, mereka dipercayai menjalani latihan simulasi untuk menyerang kubu musuh sebelum dua daripadanya ditemui lemas dalam kolam berkenaan.
Katanya, latihan ketenteraan berkenaan sepatutnya berakhir semalam sebelum anggota yang berjaya menamatkannya bakal dianugerahkan beret maroon.

“Berikutan kejadian ini, Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya. Kedua-dua jenazah mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka kira-kira jam 3 petang untuk bedah siasat.

Jenazah kemudian akan dihantar ke kampung halaman masing-masing menggunakan van jenazah milik tentera kira-kira jam 8.45 malam selepas disembahyangkan di Masjid Kem Terendak.


maklumat sumber: myMetro Online 07/08/10



 



1 ulasan:

  1. Alfatihah..
    Takziah kepada keluarga Allahyarham..
    ingatkan saudara sis dah.sebab ni kes semalam...tapi hr ni baru dedah nama mangsa..

    BalasPadam