+10 344 123 64 77

Halaman

24 Jun 2010

Nice Blogger Award

Sepanjang berjinak dalam arena blog, ini kali pertama blogger dapat award dari seorang rakan blogger bernama dela . Terima kasih kerana sudi berkongsi info untuk sharing. Untuk dapatkan award kenalah menjawab soalan-soalan sebagai imbalan. Alahai tak boleh ke kalau tak jawab? Menduga minda jugak ni. Apa-apa pun terimas sekali lagi dela.
1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini ?
tak boleh nak fikir apa-apa kepala tengah trafik jam sekarang

2. Apakah nama samaran anda ?
entahlah. nak kata otomen tak juga apalagi superbike :P

3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?
anak, cucu, cicit...cukup 3 :D

4. Panggilan untuk si dia ?
oit!...

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa ?
apa-apa saja yang u ada harap wakafkan pada i..hahaha

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
blog yang diperbuat daripada batu blok dan binaan konkrit yang kukuh macam KLCC

7.Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?
alamak!...nak kena terjah dulu tuan-tuan tanah ni...nanti tak pasal-pasal kena berjawab dengan pejabat tanah nanti :D

kepada tuan-tuan tanah yang terima geran tanah ni nanti cuma copy paste soalan dan award pada entry yang sama  :)











0 comments:

Catat Ulasan