+10 344 123 64 77

Halaman

23 Jun 2010

Hadiah untuk Hari Bapa


‘Abah’ terima Anugerah Naib Canselor UiTM"

Panggilan abah oleh pelajar lain yang jauh lebih muda dianggap sebagai cabaran untuk saya mencatat keputusan cemerlang kerana perlu menjadi contoh kepada mereka yang dianggap seperti anak sendiri," kata Jefri Adam, 44, penerima Anugerah Naib Canselor Konvokesyen ke-72 Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Jefri yang ketika ini bertugas sebagai pegawai seni reka di bawah Program Penerbitan dan Percetakan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkata usia bukan penghalang untuk beliau berada dalam satu kelas dengan pelajar lain yang kebanyakannya berumur 20-an.

"Saya tidak pernah rasa malu dan menganggap sebagai satu kejanggalan untuk duduk sekelas serta belajar dengan pelajar lain semuanya muda-muda.

"Semua itu saya jadikan pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadikan diri ini sebagai `abah' contoh dan teladan kepada semua pelajar dalam fakulti saya," katanya ketika ditemui di Konvokesyen UiTM ke-72 di Dewan Sri Budiman di sini, semalam.

Jefri bapa kepada tiga anak, berkata beliau bersyukur kerana selepas 22 tahun, akhirnya impian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati itu menjadi kenyataan.

"Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lagi, saya menyimpan hasrat untuk memasuki UiTM, tetapi tidak menjadi kenyataan. Namun, sekarang saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dan berjaya.

"Pada mulanya, saya agak susah untuk menyesuaikan diri dengan pelajar lain yang lebih kurang sebaya dengan anak-anak saya sendiri, tetapi saya berjaya menangani masalah itu apabila sentiasa bertolak-ansur dengan menunjukkan kematangan kepada mereka," katanya yang memperoleh nilai gred purata kumulatif (CGPA) 3.89.
Anak beliau, Nur Najwa Fatihah, 19, juga penuntut di fakulti sama, berkata kejayaan dicapai ayahnya itu akan dijadikan pendorong untuk turut mencatat keputusan cemerlang dalam bidang pengajian itu.

"Kami berdua berkongsi universiti serta fakulti yang sama tetapi berlainan jurusan kerana saya mengambil diploma dalam bidang seni halus.

“Saya berbangga dengan kejayaan bapa, tetapi terus terang saya katakan, saya rasa tercabar dengan pencapaian ayah saya. Sebab itu saya berazam untuk mendapat keputusan yang lebih bagus" katanya.

Sementara itu, isteri beliau, Noraisah Othman, 43, mengakui suaminya agak tertekan pada peringkat awal pengajian kerana faktor usia, terutama apabila terpaksa berkawan dan berbincang mengenai pelajaran dengan mereka yang jauh lebih muda.

“Sepanjang pengajiannya, suami saya berdepan pelbagai masalah tetapi beliau berjaya mengatasi masalah itu dan ini secara tidak langsung menjadi motivasi kepada anak-anak untuk berusaha dengan lebih bagus kerana untuk menimba ilmu, tiada sebarang had umur ditetapkan," katanya. 


 sumber : Berita harian online 2010/05/25

'abah' di atas adalah rakan sekerja semasa berkhidmat di unit animasi dulu. Tahniah! dari seorang kawan




1 ulasan:

  1. tahniah ajeep..nm semasa di ofis lm dulu..ko bg aku semangt..ni rs nk smbg blaja blik nih..

    BalasPadam