+10 344 123 64 77

Halaman

22 April 2010

M Rajoli - Uncle Rajoli

M Rajoli atau Uncle Rajoli, 60an, lebih dikenali berbanding nama sebenar beliau Haji Mohd. Rajab Bin Mohamed Zain. Berasal daripada Pasir Mas, Kelantan merupakan seorang pelakon berbakat.
Berilah apa sahaja watak daripada sekecil watak hingga watak yang lebih besar beliau mampu melakonkannya dengan baik. Kebanyakan watak yang diberi adalah orang alim dan lelaki miang.

Beliau beberapa kali mendapat anugerah Pelakon Pembantu Terbaik.
Beliau mempunyai 2 orang isteri iaitu Hashimah Mohd. Din dan Wan Chik Daud.
Kerjaya Uncle Rajoli tersekat kerana menderita penyakit kanser kelenjar dalam otak. Rawatan kimoterapi berjaya menghapuskan kanser yang terdapat dalam tubuh tetapi membawa kesan tidak baik apabila saraf tubuhnya rosak hingga beliau tidak mampu bangun dan banyak bergantung kepada anak-anak dan isteri. Ingatan beliau juga kurang memuaskan.
Pihak SENIMAN telah juga melaksanakan KWSP dan skim insurans iaitu senicare bagi membantu ahlinya yang uzur.

0 comments:

Catat Ulasan