+10 344 123 64 77

Halaman

23 April 2010

Karen Tan Lee Suan - AF 4

Karen Tan Lee Suan atau lebih dikenali sebagai Karen (lahir 28 Ogos 1984) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Karen diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada dua belas orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut. Karen telah tersingkir pada Konsert ke-2. Seterusnya, Karen diserap masuk bersama tujuh peserta yang lain tetapi beliau tidak berjaya untuk masuk ke peringkat akhir bersama empat finalis yang lain.
Penyanyi kegemarannya ialah Siti Nurhaliza, A Mei, dan Mariah Carey. Pelakon kegemarannya pula ialah Erra Fazira, Ziana Zain, Eja, Nora Danish, Yusry, Rosyam Nor, Vince, dan M. Nasir. Mek Kelate kecil molek berbangsa Cina ini suka menari dan menggilai Coco Lee dan Fauziah Latiff.
Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya:
  • Konsert Prelude : Di Muara Sepi - nyanyian asal oleh Fauziah Latiff
  • Konsert Pertama : Malam Pesta Muda Mudi - nyanyian asal oleh Saloma
  • Konsert Kedua : Kerna Terpaksa - nyanyian asal oleh Francesca Peter
  • Konsert Kesembilan : Jejaka Idaman - nyanyian asal oleh Raja Ema
 kredit  : wikipedia

0 comments:

Catat Ulasan