Siapa anak muda hebat yang bernama Ahmad Ammar?? Yang menjadi viral di fesbuk dan video yang dikongsikan ribuan orang??...
Mungkin agak ketinggalan juga tentang posting dan video Ahmad Ammar di fesbuk..saya terdetik apa istimewanya tentang video tube berdurasi 24 minit 15 saat itu... Sumpah! ikhlas video yang cukup menyentuh naluri insan kerdil ini terasa ada manik panas bergenang di kelopak mata. Subhanallah! Allahuakhbar! betapa besar kuasa Tuhan dan kurnianya kepada siapa sahaja yang dikehendakinya. Dan insan yang bertuah itu milik syahid Ahmad Ammar. Innalillahiwainnailaihirajiun...
Sekilas biodata insan bertuah ini:
- Ahmad Ammar Ahmad Azam.
- Berusia 20 tahun.
- Anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
- Penuntut jurusan Sejarah tahun dua Universiti Marmara (mendapat biasiswa Kerajaan Turki).
- Menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia termasuk Syria.
- Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja. Pelajar terbaik dan cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
- Kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya.
- Satu-satunya rakyat Malaysia dimakamkan bersebelahan makam sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu (Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn dan Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana).
kisah hari terakhir Ammar seperti yang diceritakan oleh Sahabat di Turki : Hari jumaat itu Ammar petugas di dapur. Masak nasi dan panaskan lauk kacang kuda. Kemudian masak teh untuk sahabat-sahabatnya dan kemas dapur.
Hari sabtu yang hari kemalangan itu bangun awal pagi, mandi dan duduk atas katil mengaji al-Quran. Sahabat yang petugas dapur hari itu sediakan sarapan untuk Ammar, kerana Ammar nak keluar awal sedikit. Kawan dia sediakan sarapan dan makan bersama sambil berbual.
Abangnya Tanya, Ammar, apa plan kamu? Apa yang kamu ingin buat?
Abangnya Tanya, Ammar, apa plan kamu? Apa yang kamu ingin buat?
Abangku, saya ingin buat khidmat dakwah. Saya sudah habis baca semua koleksi Risalah An-Nur. Ingin baca sekali lagi dengan merenung.
Selepas sarapan, Ammar keluar dan pergi satu rumah yang dulu tinggal sana dan membawa barang2nya ke rumah yang baru nak tinggal itu. Beliau susunkan semua barang2 itu dalam almari dan atas meja. Kemudian bersedia nak keluar ke rumah yang pelajar-pelajar Malaysia dan Patani yang baru tinggal situ. Kerana tahun ini Ammar akan bertanggungjawab daripada pelajar-pelajar Malaysia dan patani yang baru sampai sana.
Nota yang terakhir Ammar tulis dan letak dalam begnya adalah kaedah pertama dalam risalah ikhlas, iaitu begini
“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling, maka itu tidak penting. Jika Dia menerima sedangkan seluruh masyarakat menolak maka tiada kesannya. Setelah Dia meredhai dan menerima, jika Dia kehendaki dan selari dengan hikmah-Nya, walaupun kalian dalam keadaan tidak meminta, Dia akan menjadikan masyarakat juga menerima dan meredhai. Kerana itu, keredhaan Allah sahaja yang perlu dijadikan sebagai tujuan utama dalam khidmat dakwah ini.
Perjalanan Abu Ayyub Al-Ansari dan Ahmad Ammar adalah kerana Allah. Keluar drpd tempat lahir demi Allah. Kita? Hala tuju kemana?
Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman..
Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru..
Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan..
Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..
lalu aku mula berfikir,aku sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa..mungkin sudah tiba masanya aku mengorak langkah berkelana untuk melihat ciptaan di muka bumi milik Sang Pencipta ni"
0 comments:
Catat Ulasan