Jenazah dua perwira kedua-dua berasal dari Kelantan selamat disemadikan di kampung halaman masing-masing setelah terkorban di medan tempur termasuk seorang meninggal dalam kemalangan semasa dalam bertugas dalam istiadat penuh ketenteraan yang dihadiri pegawai dan anggota tentera.
Koperal Ahmad Hurairah Bin Ismail, lantikkan terus kepangkat Koperal daripada Prebet yang diumumkan oleh Menteri Pertahanan, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung Lalang berhampiran kediaman keluarganya di sini.Allahyarham terkorban dalam misi Operasi Daulat setelah ditembak di muka.
Manakala Koperal Ahmad Farhan yang dinaikkan terus pangkat daripada Prebet disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Madrasah Pohon Celagi, Pasir Hor di Kota Bharu. Beliau meninggal akibat kemalangan semasa penghantaran makanan kepada anggota-anggota yang bertugas di medan tempur apabila trak yang dinaiki terjunam ke dalam gaung dan seorang anggota cedera ringan.
Sebelum daripada itu jenazah kedua-dua perwira negara tiba di Lapangan Terbang TUDM, Subang pagi tadi dengan pesawat Charlie C-130 sebelum diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan selepas penghormatan terakhir dilakukan di Lapangan Terbang TUDM, Subang. Upacara penghormatan turut disertai Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Pegawai-pegawai tinggi tentera dan anggota.
Semoga Roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan syuhada. Al-fatihah.....
0 comments:
Catat Ulasan