+10 344 123 64 77

Halaman

30 Jun 2012

Osman Kering Meninggal Dunia


Osman Kering Meninggal Dunia


Selepas hampir tiga minggu terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pelawak dan pelakon terkenal, Osman Kering, 58, telah menghembuskan nafas terakhir pada tepat jam 4.00 petang tadi.


Jika sebelum ini berita palsu kematiannya telah tersebar, namun kali ini berita kematian ini telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Seniman iaitu Zed Zaidi melalui laman Twitter rasminya, @RozaidiJamil, sebentar tadi.


Zed Zaidi yang bertindak membuat kenyataan tersebut setelah menerima panggilan telefon daripada isteri Osman Kering yang memberitahu dan mengesahkan sendiri pemergian dan ketiadaan suaminya itu.


Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim sebelum ini telah dilaporkan rebah di rumah beliau di Bandar Seri Permaisuri, Cheras berpunca daripada sesak nafas dan batuk kering.


sumber : Murai


Al-fatihah buat pelawak yang berasal dari kelantan yang telah menyusul pelakon Uncle 'M.Rajoli'.



*Kali terakhir saya jumpa abg Osman masa Hari Sejuta Belia di Putrajaya tempohari dengan ditangannya mengedar flyers tentang program-program kesenian. Hilangnya sebutir bintang diangkasa.....



*biarlah ada setengah dari kita tak berapa menyukai gelagat abg Man seperti bomoh/pawang setiap kali dia berkesempatan turun ke stadium untuk memeriahkan suasana di kalangan penonton sehingga menggelarkan beliau dengan beberapa panggilan yang mengaibkan..tapi beliau adalah penghibur buat dikalangan org2 Kelantan..masih ingat lagi dialog pertama beliau berlakun..'pitih2..mano pitih'... 

0 comments:

Catat Ulasan