+10 344 123 64 77

Halaman

27 Jun 2011

Maksud 'Penggodam' dan'Godam' ?



Alam maya negara bergegar dan gegak gempita seisi alam Malaya dengan kepintaran   'Penggodam' maya memecah masuk laman web pemerintah. Telah digeger riuhkan sebelum namun seperti diambil enteng. 

Entry ini tidak bertujuan mengulas isu yang kebanyakkan blogger dan media sudah perkatakan dan perdebatkan. Bukan juga ayat-ayat cinta tapi lebih kepada memikirkan sesuatu yang logik dan tidak logik akal. 

Tahukah Anda dari mana asal usul perkataan PENGGODAM dan GODAM? Mengikut loghat orang-orang klasik dahulu kala di bahagian Pantai Timur iaitu di Tanah Serendah Sekebun Bunga, GODAM bermaksud PUKUL. Contoh kata-kata kiasan atau amaran " Jange nakal-nakal nati keno godey (Jangan nakal-nakal nanti kena pukul)". Satu lagi, " Aku godey kan baru tau muko mu ( Aku pukul baru padan muka kau)".

Disini GODAM bermaksud PUKUL. PENGGODAM bermaksud PEMUKUL. Ini bermaksud juga 'Laman web kerajaan telah dipukul oleh pemukul'. Fikir-fikirkan sejak adanya saluran maya di negara kita baru timbul perkataan Penggodam dan Godam. Hakikatnya perkataan godam telah lama dipertuturkan oleh orang-orang di Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Masakan tidak terdapat adanya senikata lagu berbunyi " kenek-keneklah ude, lembu patoh tanduk...Cek Mek kenolah GODEY, Cik Awe keno Tumbuk..Uwa uwa uwa..." Dialih bahasa standard " Kenek-keneklah udang, Lembu patah tanduk...Cek Mek kenalah PUKUL, Cik Awang kena tumbuk". Fikir-fikirkan.

Indahnya bahasa nenek moyangku :)     

p/s - MSPT tidak merujuk mana-mana buku rujukan dan kajian tapi berdasarkan teori akal tanpa  bukti kukuh. Sungguhpun begitu tidak salah kita berfikir sejenak kerana dalam dunia banyak perkara mustahil lahir dari sesuatu yang tidak mustahil. 

2 ulasan:

  1. penulisan awk mcm sasterawan. minat eh ? dh baca hampir 3 kali tp susah nk faham ?

    BalasPadam
  2. Masakan tidak terdapat adanya senikata lagu berbunyi " kenek-keneklah ude, lembu patoh tanduk...Cek Mek kenolah GODEY, Cik Awe keno Tumbuk..Uwa uwa uwa..." Dialih bahasa standard " Kenek-keneklah udang, Lembu patah tanduk...Cek Mek kenalah PUKUL, Cik Awang kena tumbuk". Fikir-fikirkan.

    apa maksudnya ni ?

    BalasPadam