+10 344 123 64 77

Halaman

12 Oktober 2010

Bat Latiff Yang KuKenal

Agak lama juga tidak menonton filem P.Ramlee. Malam tadi TV2 menayangkan filem 'Nujum Pak Belalang' dan mengambil peluang yang ada untuk menonton. Filem yang diterbitkan pada tahun 1959 menampilkan Bat Latiff memegang watak anak Pak Belalang. Sementara watak Pak Belalang dilakonkan oleh P. Ramlee. Saya bukan ingin mengulas tentang filem itu tetapi bila menonton filem lakonannya malam tadi semasa era kanak-kanak, teringat pula pada arwah. 

Perkenalan saya dengan arwah Bat secara tidak sengaja melalui seorang rakan. Kerap kali juga apabila beliau ditugaskan sebagai kareografer tarian dan rakaman hiburan ditempat kerja saya sekarang, apabila saya tahu beliau ada saya melapangkan masa berjumpa beliau. Saya tidaklah rapat sangat dengan beliau berbanding rakan-rakan artis dan juga krew-krew. 

Sepanjang mengenali beliau memang seorang yang sporting dan kelakar. Dia juga tidak lokek berkongsi ilmu apabila saya bertanyakan tentang lakonan dan nyanyian. Beliau juga tidak segan memperkenalkan saya kepada rakan-rakan artis. Paling diingati apabila beliau mengajak saya berbuka puasa bersama-sama rakannya di Pantai Dalam beberapa tahun dulu. Beliau juga meminati dikir barat 'Anak Tupai'. 


Beberapa bulan tidak bertemu beliau saya mendapat perkhabaran beliau meninggal dunia. Pada 3 Mei 2005, Bat Latiff menghembuskan nafas terakhir di rumah beliau di Taman Melawati, Selangor, bersendirian. Bat menderita pelbagai penyakit kronik yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. 

Selama mengenali beliau saya tidak nampak beliau sebenarnya menderita pelbagai penyakit kronik. Mungkin kerana beliau ke sana sini menjadi hamba kerja membuatkan orang mempercayai beliau sememangnya sihat. Pernah beliau kehabisan rokok, ' Di tolong belikan abang rokok Sampoerna Merah'. 

Rasa sedikit kesal kerana tidak berkesempatan menziarahi jenazah beliau kerana saya berada di luar daerah pada masa itu. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Ameen.












0 comments:

Catat Ulasan