+10 344 123 64 77

Halaman

21 September 2010

M. Rajoli - Hilang Sebutir Bintang

Penghujung bulan Ramadhan lalu dan bemulanya bulan Syawal terlalu banyak kisah duka dihidang di media-media elektronik. Tentang pembunuhan, kemalangan jalanraya dan lain-lain lagi. Salam takziah juga kepada keluarga mangsa pembunuhan ngeri ikon usahawanita Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang lain. Kita serahkan kepada pihak berkuasa dan
perundangan walaupun di sudut hati kita menyumpah seranah dengan penuh kebencian penjenayah-penjenayah terbabit yang tidak menghormati mangsa yang sedang berpuasa ketika itu. Sememangnya jenayah tidak kenal warna kulit,agama dan keturunan. Jenayah ada dimana-mana sahaja.



Sekali lagi dunia hiburan tanahair kehilangan aktivis-aktivis seni termasuklah pemergian Hj. Mohd Rajab Bin Mohamed Zin yang lebih dikenali M Rajoli atau Uncle M ke rahmatullah beberapa hari lalu pada jam 10.45 malam akibat sesak nafas. Beliau mengalami kelumpuhan seluruh anggota badan selepas menjalani pembedahan akibat penyakit barah kalenjar otak.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan di keramat, Kuala Lumpur. Beliau meninggalkan dua orang isteri Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd Din serta lapan orang anak. Hilang lagi sebutir bintang. Al-Fatihah...


 



0 comments:

Catat Ulasan