+10 344 123 64 77

Halaman

12 Ogos 2010

Selamat Datang Ramadhan

Datangmu kusambut, pergimu akan kutangisi... 

Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda bahkan sampai tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: "Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sesungguhnya, bau mulut orang berpuasa itu lebih harum daripada aroma kasturi.” (Hadis diriwayatkan Bukhari dan


Muslim).Malaikat juga merendahkan sayapnya bagi menghitung pahala berganda yang dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang sentiasa taat serta mengisi waktunya dengan beribadat.






Sempena kedatangan bulan penuh keberkatan Ramadhan, blogger ambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat muslim. Kepada pengunjung-pengunjung blog ini, rakan-rakan blogger dan kepada pemantau-pemantau radio Manis FM yang ada diantara mereka menyokong kuat kewujudan blog ini. Tidak blogger lupa rakan-rakan deejay Radio Manis FM dan radio MAYA yang juga menyokong blog ini dan juga fan page di FB. Sama-samalah kita tingkatkan amalan dan mengharapkan keberkatannya.

Datangmu kusambut, pergimu akan kutangisi... 









 

0 comments:

Catat Ulasan