+10 344 123 64 77

Halaman

05 Ogos 2010

The Red Warriors - Kelantan Harus Kekal Prestasi


 KOTA BHARU - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa, mahu pemain Kelantan mengekalkan prestasi seperti di dalam Liga Super bagi menghadapi cabaran lebih besar dalam saingan Piala Malaysia.
"Langkah ini penting bagi merealisasikan hasrat Kelantan untuk muncul juara Piala Malaysia tercapai dan terus unggul pada musim akan datang," katanya pada majlis meraikan pemilihannya sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), di sini, semalam.
foto Utusan Malaysia

Kelantan mengungguli tangga kedua Liga Super di belakang Selangor.
Beliau teruja kerana tahap permainan dan sokongan peminat kepada sukan bola sepak di Kelantan begitu luar biasa sejak kebelakangan ini, yang boleh membantu pasukan Red Warriors terus mengungguli persada boleh sepak tempatan.
"Sehubungan itu, apa sahaja tindak tanduk pihak pengurusan KAFA dan kelab-kelab gabungan di bawahnya, hendaklah menuju ke arah kemajuan di bidang ini.
"Semua pihak, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak, perlu memainkan peranan penting dalam memastikan mutu bola sepak Kelantan terus unggul di persada kebangsaan dan antarabangsa," katanya. - Bernama


 




0 comments:

Catat Ulasan